Rakan VVIP Laman PFKE.com

Berita Yang Masih Panas..

Gomo Kelate Gomo!

Jumaat, 8 April 2011

Kelantan, Felda United Bertembung Sekali Lagi


Pertembungan penuh aksi bakal yang berlangsung di stadium 'old trafford' Kelantan pada malam esok pasti menarik lebih puluh ribu penyokong setia baik dari pihak penyokong The Red Warriors mahupun dari pihak penyokong Felda United sendiri. Dalam perlawanan kesepuluh Liga Super musim ini, pastinya inilah platform terbaik Kelantan meraih kembali keyakinan dan sokongan daripada penyokong setia mereka setelah kecewa diaibkan di Kuala Terengganu tempoh hari. Dengan hanya kurang tiga mata berbanding pendahulu sekarang, Selangor sebenarnya masih mampu merampas kembali posisi itu jika mereka 'maintain' dengan aksi terbaik. Antara aksi terbaik The Red Warriors musim ini ialah dengan menundukkan Juara Piala FA musim lalu, Negeri Sembilan dengan kemenangan 3-0 di Kota Bharu. Oleh sebab itu adalah tidak mustahil untuk Red Warriors buktikan bahawa The Red Warriors bukanlah pasukan yang suka berangan-angan semata-mata untuk memburu kejuaraan musim ini.

Tumpuan Kelantan pastinya terarah kepada trio yang pernah bermain dengan Red Giants iaitu Liew Kit Kong, Fadhrin Kadir dan Hamsani Ahmad. Dalam aksi terdahulu, Felda United mengikat kelantan pada saat akhir menerusi sepakan penalti yang bijak disempurnakan oleh Kit Kong. Gawang Felda United dilihat agak sukar untuk ditembusi memandangkan penjaga gol berpengalaman dari Selangor, Hamsani Ahmad lebih fokus dan waspada. Hal ini demikian kerana beliau telah masak dengan aksi Kelantan sejak beliau membarisi skuad Selangor. Namun Hamsani akui beraksi dengan pasukan baru agak menyukarkannya memandangkan Felda United baru sahaja 'dipromote' ke Liga Super musim ini.

Dalam aksi terakhir mereka bertembung, jelas sekali layangan kad kuning lebih berpihak kepada Felda United. Ini kerana mereka bermain kasar sehingga mengakibatkan kecederaan kepada pemain Kelantan. Banyak insiden yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang pemain profesional di atas padang. Sewaktu pergaduhan berlaku, Hamsani juga masuk dan memukul S.chanturu tanpa dilihat pengadil. Oleh sebab itu hujan 'botol' tidak henti-henti mencurah ke padang tanda protes penyokong.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...