Kredit picture to: [Userun Useoff]
Janringan Norshahrul Idlan sudah cukup untuk memberikan
tiga mata berharga buat anak didik Datuk M. Karathu semalam.
Dramatik dan menarik! Itulah yang mampu diperkatakan tentang aksi semalam yang menemukan dua gergasi bolasepak Malaysia, Kelantan dan Selangor.
kredit picture to:[Userun Useoff]
Inilah kesebelasan The Red Warriors pada perlawanan 'el clasico' yang
menyaksikan Kelantan lebih bernasib baik
Jelas sekali Kelantan lebih bernasib baik apabila berjaya menewaskan The Red Giants dengan kemenangan tipis 1-0. Ini bermakna The Red Warriors menyapu bersih pertemuan 'El Clasico' mereka dalam saingan Liga Super musim ini.
kredit picture to: [Userun Useoff]
Selangor juga menurunkan barisan kesebelasan yang cukup terbaik
yang menyaksikan mereka menurunkan kapten skuad kebangsaan,
Mohd Syafiq Rahim di samping Mohd Amri Yahyah
Ini kemenangan keempat The Red Warriors terhadap Selangor selepas kedua-dua pasukan sudah bertemu 11 kali.
kredit picture to: [Userun Useoff]
Pertemuan Kelantan-Selangor antara pertemuan yang cukup
lagenda dan penuh dengan kelas klasiknya yang tersendiri
dalam arena bolasepak Malaysia
Sebelum itu, sekalung tahniah diucapkan kepada puluhan ribu penyokong The Red Warriors kerana berjaya mengelakkan diri daripada membeli tiket daripada 'ulat tiket' yang dilihat cukup aktif semalam.. Terima kasih juga diucapkan kepada Penyokong Selangor FA yang terdiri daripada Ultras yang sudi bertandang ke Kota Bharu..
Berbalik kepada aksi semalam, ternyata kehadiran Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad keV memberi semangat baru kepada para pemain selain para penyokong juga turut bangga dengan kesudian baginda mencemar duli.
Kredit picture to: [Userun Useoff]
Nombor jersi yang dipakai Al-Sultan Kelantan membawa tuah
apabila Kelantan memperoleh jaringan pada minit ke5 perlawanan
Berbekalkan sorakan padu kira-kira 30,000 penyokong setia The Red Warriors dan kehadiran Al Sultan Kelantan, Pahlawan Merah dilihat cukup tenang dan berjaya menyerap asakan pasukan pelawat yang diketuai kapten berpengalaman, Mohd Amri Yahyah.
Perlawanan malam tadi menyaksikan perlawanan peribadi antara dua kapten, Badri Radzi dan Amri Yahyah yang berkesudahan kapten pasukan tuan rumah lebih menyerlah berbanding kapten selangor itu
kredit picture to: [Userun Useoff]
Kelibat dua kapten ini sememang memberi impak besar dalam
permainan yang penuh dramatik malam tadi.
Ternyata kapten The Red Warriors dilihat lebih cemerlang berbanding Amri Yahyah apabila Badri Radzi bijak melakukan hantaran tepat kepada penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha sebelum pemain itu mudah melakukan tandukan yang cantik untuk menewaskan penjaga gol The Red Giants, Saiful Amar Sudar pada minit ke4.
Kredit picture to: [userun useoff]
Gandingan kemas Danial Fadly dan S. Chanturu sering kali memaksa
pemain Selangor turun bertahan di kawasan sendiri
Berdasarkan statistik perlawanan, jelas sekali The Red Warriors lebih menguasai bola dan kerap mencipta peluang terbaik menerusi penggempur utama, Norshahrul Idlan Talaha.
Selangor yang diberi suntikan semangat oleh kira-kira 30 orang Ultras Selangor dilihat cuba memecah kebuntuan menerusi Kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah namun dinafikan kemas oleh penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat di gawang Kelantan.
kredit picture to: [Userun Useoff]
Kehadiran penyokong Selangor ternyata menyerikan lagi
suasana perlawanan
Badri Radzi antara watak penting dalam menggerakkan serangan Kelantan namun, sayangnya apabila pergerakan beliau kerap 'dikunci' oleh pertahanan Selangor, Razman Roslan.
Kelantan bernasib baik apabila cubaan Amri Yahyah berjaya dinafikan tiang gol pada permulaan babak kedua.
Beberapa pertukaran pemain dilakukan pada babak kedua dengan menyaksikan Kelantan menurunkan Khalid Jamlus, Nizad Ayub,Khairan Ezuan Razali dan Izuan Solahuddin bagi mengimbangi perlawanan yang dilihat semakin memuncak dengan serangan bertali arus The Red Giants.
Selangor mempunyai beberapa peluang keemasan apabila mereka memperoleh banyak sepakan percuma namun, pengambil sepakan tersebut cukup mengecewakan para penyokong setia Selangor.
Kini Kelantan terus menghimpit Selangor dan Terengganu yang kini berada di tangga pertama dan kedua. Tahniah kepada Semua penyokong Red Warriors dan Selangor kerana memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan masing-masing.
Kredit picture to: Kelantan The Red Warriors 2011
Penyokong Kelantan dan selangor sebenarnya tidak
bersama asalkan mereka saling hormat-menghormati
antara satu sama lain
Semangat perpaduan yang cukup tinggi semalam antara penyokong Kelantan dan Selangor memang patut dicontohi kerana janganlah kerana bolasepak, kita berpecah belah..
kredit picture to: [userun useoff]
Penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar tertewas setelah
tandukan cantik Norshahrul Idlan gagal diselamatkan beliau.
1 ulasan:
salam
alamdulillah ats kejayaan pasukan kita..
suk0 ngadap b0la male, mug0 xd0k belah mna aksi2 ganas dr pn0nt0n..
w/pun ad botol air yg melayang msa 'abe b0t0k' buat sepakn pnjuru,tp kdaan msh lgi tkawal..
taniah utk pny0k0ng kit0, yg dah bijak mngawal dan mjaga kelakuan..
Catat Ulasan