Sabtu, 16 April 2011

Syed Adney Kembali Ke 'Rumah lama'




Siapa sangka Syed Adney akan kembali ke 'rumah lamanya' setelah sekian lama menyepi. Namun 'kepulangan' Syed Adney bukanlah untuk beramah mesra sebaliknya untuk memastikan pasukan barunya, Sabah membawa pulang tiga mata ke Likas. 



Menyedari peluang untuknya beraksi selaku penjaga gol utama Sabah pada malam ini agak tipis, namun beliau tetap yakin jurulatihnya lebih berhak dan bijak membuat keputusan ke atas pasukan.






Jika sebelum ini di Kelantan, Syed Adney terpaksa bersaing dengan dua penjaga gol utama Kelantan iaitu Shahrizan Ismail dan Khairul Fahmi Che Mat namun, meskipun beliau berhijrah ke Sabah, beliau masih perlu bersaing hebat dengan penjaga gol veteran Sabah yang juga merupakan bekas penjaga gol utama skuad kebangsaan, Azizon Kadir dan Ahmad Jasad.

Syed Adney Kerap diberi peluang beraksi bersama Sabah terutama dalam perlawanan penting namun, prestasi beliau yang agak kurang baik menyebabkan posisi beliau dalam kesebelasan utama terjejas. Kegagalan beliau melindungi gawang Sabah sewaktu dengan baik pada perlawanan menentang perlis lalu jelas membawa padah apabila perlawanan berkesudahan seri 2-2.

Jika dilihat pada statistik, Syed Adney baru sahaja beraksi empat kali daripada sebelas perlawanan Liga Super. Ini bermakna beliau hanya diuji selama 360 minit setakat ini. Namun 90 minit yang akan menjelma pada malam ini pastinya tidak akan dilepaskan oleh beliau dengan begitu mudah.

Oleh sebab itulah pertemuan Sabah dengan Kelantan pada kali cukup bermakna kerana dua penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan Syed Adney akan bersaing untuk memastikan pasukan masing-masing mencapai kejayaan yang diimpikan.




Syed Adney juga berharap agar pintu untuknya kembali bersama skuad kebangsaan kembali terbuka seandainya beliau berjaya mempamerkan ketangkasan dan kehebatan yang dimilikinya dulu sewaktu bergelar penjaga gol Kebangsaan.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...