Rabu, 20 April 2011

Sekilas Pandang : Jadual Perlawanan Liga Super Malaysia ke-14

Liga Super 2011 kini semakin menghampiri pusingan kedua dan pastinya pelbagai cabaran bakal dihadapi oleh pasukan-pasukan elit musim ini. Walaubagaimanapun, sudah mula timbul semangat kebangkitan daripada beberapa pasukan seperti Kelantan dan Felda United yang kembali bangkit setelah sebelum ini dikecewakan dengan keputusan yang tidak menyebelahi mereka.

Misi Kelantan ke atas Perlis sebenarnya belum berakhir memandangkan mereka sekali lagi bakal bertemu di  Kota Bharu pada 22 april ini. Dengan kejayaan 5-1  semalam sekurang-kurangnya menaikkan moral pasukan serta mutu permainan The Red Warriors untuk perlawanan seterusnya. Kebangkitan prestasi beberapa pemain utama seperti Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Badri Radzi semalam benar-benar menakjubkan terutama sekali aksi Kapten Red Warriors,Badri Radzi meledakkan tiga gol untuk pasukan.

Sebelum aksi Kelantan dan Perlis di Kota Bharu, Kedah dan Harimau Muda A akan  membuat perhitungan terlebih dahulu pada 20 april ini yang akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam.

Tumpuan 23 april adalah pertembungan antara Terengganu dan Perak di Kuala Terengganu memandangkan kedua-dua pasukan hanya mampu berkongsi satu mata setelah terikat 1-1 di Ipoh.


Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...