Rabu, 13 April 2011

Tekanan Penyokong Dan Faktor Keletihan Punca Apex 'Hilang Power'?







Secara profesionalnya, penjaga gol seperti Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apex tidak boleh dipersalahkan diatas kegagalan pasukan Kelantan dalam beberapa aksi Liga Super sebelum ini. Ini kerana penjaga gol muda berumur 23 tahun itu sudah melalui ranjau jadual yang padat sepanjang musim ini.

Selain memegang status penjaga gol utama The Red Warriors, Apex juga memikul tanggungjawab yang cukup besar selaku penjaga gol utama skuad kebangsaan sejak akhir-akhir ini.
Semua ini bukan pintanya namun sebagai penjaga gol yang berprinsip, Apex sanggup menyahut cabaran itu.

Memang jika kita membandingkan prestasi Apex antara musim 2010 dengan musim ini jelas sekali dilihat satu kecemerlangan pada musim lalu. Mana tidaknya sebab musim lalu Apex tidak mempunyai banyak siri perlawanan lain selain perlawanan bersama The Red Warriors. Kini Apex bukan lagi Apex yang dulu! itu yang perlu kita ingat. Jangan kita bezakan antara Apex yang lama dengan Apex yang kini kerana ianya memang berbeza .

Musim lalu, Apex mempamerkan kehebatannya kerana dia sering diganti oleh Syed Adney atau Halim Napi. Oleh sebab itu Apex mampu recover balik tahap kecergasannya. Namun pada hari ini, bilakah Apex akan diberi rehat? Coach sepatutnya menggunakan pemain lain untuk menggantikan beliau memandangkan beliau juga seorang manusia yang tahu penat dan lelah.

Tugas menjaga gawang bukan satu perkara mudah kerana sesiapa sahaja yang diberi tugas tersebut pasti akan tertekan. Apex sepatutnya direhatkan sejak Kelantan bertemu Felda United lagi. Jika tidak, sampai bilakah Kelantan akan memaksa Apex terus beraksi?

Arena Bola yakin bahawa prestasi Apex kurang baik semasa bertemu Perak semalam adalah kerana beliau keletihan. Mana-mana pemain pun pasti akan hilang fokus apabila mereka mengalami kepenatan yang melampau. Jaringan gol ketiga dan keempat perak semalam jelas menceritakan segalanya. Apex sudah tidak berdaya lagi menepis asakan lawan sehingga mentaliti beliau jadi taruhan..Hasilnya, Kelantan tewas...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam bro,
apo kata..bro je pi cakap kt karathu...rehatkan apek utk 2-3 game akan dtg...tentu dia akan dgr cakap bro...amacam?

Firz Putra berkata...

@Tanpa Namawaalaikum'salam...saya hanya penulis blog biasa...InsyaAllah, saya akan cuba jumpa dan beritahu Datuk M.Karathu pasal Apex...Terima kasih bagi komen..

Tanpa Nama berkata...

salam....
maaf ganggu....pd sy, sy lbh suka jk pemain tutup aurat....pkai sluar fix ke....baru lbh berkat....so lg,bakpo amik org lain jd jrlth klate??? amik la org islam jd jrlth, baru pemain krg tknn n lbh brkt....just cdgn...minat apex tp pkai sluar pndk...:-(

Tanpa Nama berkata...

pakat maye ajat laa set kt0..

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...