Khamis, 21 April 2011

Ancelotti masih berharap




TORRES akan menemui sentuhan gol dalam baki enam perlawanan terakhir Liga Perdana England musim ini.
LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti yakin Fernando Torres akan menjaringkan gol untuk skuad The Blues sebelum saingan Liga Perdana England musim ini berakhir.
Torres telah melalui tempoh 871 minit tanpa meledakkan gol untuk kelab dan skuad kebangsaan Sepanyol.
Situasi itu telah menyebabkan agensi pertarungan membuat ramalan ke atas Torres yang akan menamatkan kemarau gol itu sebelum kempen musim ini tamat.
Bagaimanapun, Ancelotti yakin Torres akan membalas kepercayaan itu dalam baki enam perlawanan terakhir musim ini.
"Dia (Torres) akan menjaringkan gol," kata Ancelotti mengenai Torres yang dikeluarkan pada minit kelapan ketika menang 3-1 ke atas West Bromwich, Sabtu lalu.
"Dia akan menjaringkan gol sekiranya bermain.
"Sungguh sukar untuk mengubah pasukan yang bermain dengan baik ketika menentang West Bromwich, bukan hanya keputusan dan persembahan. Mereka melakukannya dengan baik."
Ancelotti menegaskan, dia dan barisan kejurulatihan pasukan itu tidak menggunakan sebarang kaedah istimewa untuk membantu Torres menjaringkan gol.
"Kami bekerja sama dengan dia (Torres) sama seperti penyerang yang lain. Dia berlatih untuk menjaringkan gol tetapi tidak ada perbezaan dengan pemain lain.
"Saya fikir, dia mahu menjaringkan gol dan dia tidak gembira dengan alasan ini. Saya mahu melihat para pemain saya gembira setiap masa dan bermain dengan penuh yakin.
"Ia bukan saat yang baik buat Torres tetapi saya mahu melakukan yang terbaik untuk membantunya." 
sumber : Agensi

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...