Ahad, 10 April 2011

Kerjasama Resepi Kejayaan TheRed Warriors Belasah Felda



Semangat juang yang tinggi serta bersefahaman antara satu lama lain telah membuahkah hasil pada kali ini apabila The Red Warriors berjaya menafikan cabaran pasukan 'Giant Killer', Felda United malam tadi. Ternyata Kelantan tidak terlalu gugup meskipun terpaksa beraksi tanpa kelibat kapten pasukan, Badri radzi yang tidak dapat diturunkan disebabkan oleh tahap kecergasan beliau yang tidak baik. Ternyata Matyo berjaya memimpin The Red Warriors dengan baik dan berjaya mencipta beberapa peluang untuk pasukan.

Pada awal minit pertama perlawanan, The Red Warriors yang turun tanpa perancang utama, Badhri Radzi menghadirkan ancaman berbahaya menerusi hantaran lintang mengelirukan oleh Solehin Kanasian Abdullah yang menyaksikan pemain pertahanan, Azi Shahril terpaksa mengeluarkan bola daripada kawasan merbahaya didepan pintu gol pasukannya.

Kelantan hampir-hampir memperolehi gol sulung perlawanan apabila Chanturu melakukan rembatan pada minit ke16 namun rembatannya terus ke dakapan penjaga gol Felda United, Mohammad Faizal setelah rembatan Mohd Daudsu Jamaluddin sebelum itu tertampan pertahanan Felda.

Pada minit mencapai 33, pemain tengah muda The Red Warriors, Mohd Shakir Shaari menggamatkan suasana di Stadium Sultan Muhammad IV apabila beliau yang ingin mencuba bola dari luar kotak penalti melalui rembatan kencangnya daripada jarak 35 meter tepat menerjah jaring sebelah kiri pintu gol pasukan pelawat untuk menghasilkan gol pertama Kelantan. Jelas sekali Shakir mempunyai kualiti yang tersendiri.

Felda United terpaksa bermain dengan sepuluh pemain pada minit ke40 apabila pertahanannya, Abdul Ghani dilayangkan kad kuning kedua kerana cuba menjatuhkan Chanturu di dalam kotak penalti. Pengadil perlawanan, Mohd Nazeer tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti untuk Kelantan dan Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha tenang menyepak masuk ke penjuru sebelah kiri untuk menghasilkan gol kedua The Red Warriors.

Beberapa minit kemudian, Nizab Ayub yang masuk sebagai pemain gantian meneruskan malam ‘kenduri gol’ The Red Warriors apabila beliau bijak menanduk masuk bola hasil lantuman rembatan Chanturu pada minit ke60 untuk gol ketiga The Red Warriors. Pada malam yang penuh gemilang itu, Nizad membalas kepercayaan Coach Karathu dengan menghasilkan satu lagi gol apabila beliau bijak menyempurnakan hantaran pendek Solehin menerusi rembatan kencang menewaskan Mohd Faizal buat kali kedua untuk menghasilkan gol keempat Kelantan.

Perpindahan Danial fadly ke Kelantan jelas sekali bermakna apabila beliau kini mula menemui sentuhan jaringan. Pada minit ke82, stadium terus bergema apabila beliau bijak menyempurnakan sepakan percuma untuk terus menerjah jaring Felda united untuk meletakkan Red Warriors dengan cukup selesa. Ini merupakan beliau telah menjaringkan tiga gol daripada 2 perlawanan sebelum ini.

Percaturan Coach Karathu menggantikan Azuan Solah dengan S.Chanturu berhasil apabila pemain itu meledak menerusi rembatan cantiknya daripada luar kotak penalti pada m-89 untuk menghasilkan gol terakhir Kelantan.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...