Memang agak kecewa apabila pasukan kesayangan kita terus dirundum malang. Namun hendak salahkan siapa? Kelantan kini semakin longlai apabila dua perlawanan terakhir Liga Super menyaksikan Kelantan hanya mampu mengutip satu mata. Lebih mengecewakan, skuad The Red Warriors gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila hanya mampu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Sabah. Di manakah bisa awal musim? bisa yang menundukkan Selangor di Shah Alam dan membelasah Negeri Sembilan 3-0 di Kota Bharu? Apakah musim 'kegemilangan' bolasepak di Kelantan sudah berakhir?
Tidak sampai dua minggu Chelsea ditundukkan oleh Manchester United, Kelantan pula dilihat mempunyai nasib yang hampir sama dengan The Blues. Kedua-dua pasukan gagal mempamerkan prestasi meyakinkan para penyokong dan kini kedua-dua pasukan baik Chelsea mahupun Kelantan kini seolah-olah hilang sengat meskipun pada awal musim menyaksikan mereka antara pasukan yang cukup menyerlah dan digeruni lawan.
Namun fokus saya hari ini lebih kepada pasukan Kelantan dan 'pengikut-pengikutnya.' Hari semakin hari, prestasi Kelantan semakin membimbangkan dan dianggap cukup kronik sekali. Mana tidaknya sebab Kelantan yang sebelum ini gah di persada Liga Super kini dihempap oleh pasukan lain ke tangga keempat liga.
Sejak akhir-akhir ini, jumlah penyokong ke stadium juga mula berkurangan hari demi hari. Mengapa? Jawapan mudah ialah kerana penyokong sudah mula rasa kurang yakin pada pasukan terutamanya selepas Kelantan diaibkan dengan kekalahan 4-0 di Ipoh tempoh hari. Adakah itu puncanya?
kalau tidak silap saya,Mengikut pembacaan saya di artikel sokernet dan beberapa blog bolasepak, jelas sekali dilihat pelbagai gurauan sinis yang mengatakan Kelantan tidak layak bergelar sebagai Kuasa besar bolasepak Malaysia sebaliknya Kelantan hanya digelar 'Jaguh Kampung.'
Lebih menyedihkan, penjaga gol Kelantan yang juga merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan,Khairul Fahmi Che Mat digelarnya 'ayam' KFC! Namun saya sedar ianya hanya gurauan namun jika difikirkan dengan logik, ianya satu penghinaan yang tidak boleh dimaafkan.
Jumlah penyokong ke stadium sebelum ini kira-kira 25,000 orang namun setelah 'tragedi buruk' melanda skuad The Red Warriors, jumlah penyokong yang memenuhi kini hanya kira-kira 15,000 orang. Memang setengah penyokong ada menyuarakan bahawa tidak memadai mereka membayar tiket untuk melihat perlawanan bolasepak seandainya para pemain tidak mempamerkan kebolehan sebenar.
Ada yang beranggapan bahawa Kelantan seri bertemu Sabah kerana para pemain terlalu memandang rendah terhadap keupayaan pihak lawan.
Jika Kelantan berubah dalam baki satu atau dua lagi perlawanan Liga Super pusingan pertama, saya pasti masih belum terlambat untuk Kelantan menghambat Selangor,Perak dan Terengganu di kelompok teratas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan