Sebenarnya ini bukanlah isu baru, sudah lama sejak sebelum sepak mula Liga Malaysia musim 2011 lagi, di mana ketika itu ramai yang mempersoalkan kenapa, dan apa masalah stesen penyiar rasmi sebelum ini, Radio Televisyen Malaysia, tidak lagi mahu menyiarkan Siaran Langsung perlawanan Liga Malaysia bermula tahun ini.
Isu ini telah banyak dikupas oleh pelbagai pihak, termasuk rakan penulis, Rizal Hashim di blog beliau suatu ketika dahulu (baca di sini), namun masih ramai yang berharap agar RTM tidak lepas tangan begitu sahaja, sedangkan mereka selalu melaungkan slogan ‘Sukan Terbaik Hanya Di RTM’.
Suara Sukan cuba juga mendapatkan pandangan mereka yang lebih mengetahui, namun jawapan yang diterima tetap sama.
Salah seorang wartawan sukan RTM, menjawab, “RTM takde right lagi, sebab tak beli. RTM (Rais TAK Minat), macam2 alasan..”.
Manakala seorang lagi rakan menjawab, “setakat ni saya pun tak tahu status liga super ni, orang atasan bagi alasan masih dalam perbincangan, dengar citer akan buat jugak, cuma tak tahu bila..”.
Apapun, maklumat daripada satu sumber lain berkata, punca sebenar adalah kerana Astro cuba mengambil kesempatan dengan meletakkan harga tinggi, iaitu RM6 Juta untuk menjualnya kepada RTM, sedangkan Astro sendiri hanya mendapatkan hak penyiaran dengan bayaran jauh lebih rendah, iaitu tidak sampai RM1 juta.
“Memang dulu kita pun bayar RM6 juta bro, tapi bro pikirlah, sekarang ni diorang (astro) beli dengan harga murah, tapi kita diminta bayar RM6 juta jugak, come on la, tolak ansur la skit kan..kita bukan tak nak beli atau sokong liga Malaysia, tapi kita tengah berunding..tapi apa2 keputusan still di tangan Rais..”
Entah apa alasan sebenar, hanya mereka yang tahu. Namun, ini antara pandangan daripada beberapa peminat bola, yang menyarankan RTM melaksanakan pendekatan lain jika tidak mampu menyiarkan Siaran Langsung.
“kenapa tidak setiap malam ada game, (sabtu/selasa), RTM buat satu talkshow, paling afdal pukul 10-11 malam, habis game sampaikan keputusan setidak-tidaknya kami tahu jugak perkembangan terkini, ape skor, kedudukan..ini senyap terus, cakap ‘Sukan Terbaik Hanya di RTM’’, sukan nombor satu tanah air pun takde laporan..” – Yassin
“saya mintak sangat setiap kali ada game, kurang2 RTM update la kat tulisan bergerak bawah tu (crawler/ticker) keputusan Liga Malaysia, tak susah kot setakat bagitau keputusan saya yakin ramai yg stuju..” – Lan Chicharito
Wisel Penamat, tinggal kenangan |
Idea tersebut ada bernasnya, dan mungkin ia boleh diaplikasikan melalui program Stadium Angkasa, yang bersiaran setiap Selasa, jam 10 malam. Apa sekalipun, kita berharap akan ada perkembangan positif dari RTM, dalam tempoh terdekat, memberi ruang kepada pencinta bolasepak tempatan yang kurang berkemampuan dari segi kewangan turut sama menyokong bolasepak tanah air.
Artikel kredit to: Muhammad Aiman (Suara Sukan Anda)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan