Felda United ingin menebus kehampaan tewas kepada Kelantan pada saingan Piala FA lalu dengan menghapuskan rekod bersih tanpa kalah di gelanggang sendiri malam ini. Menyedari bahawa cabaran mereka sudah berakhir dalam Piala FA, Felda United kini ingin fokus sepenuhya kepada saingan Liga Super yang dilihat mampu memberi mereka peluang untuk menebus kekecewaan tersingkir awal pada saingan Piala FA musim ini.
Mereka optimis pada malam ini bakal menjadi titik tolak kepada kebangkitan FeldaUnited untuk terus mendaki puncak Liga Super yang pada ketika ini Felda United berada di kedudukan keempat Liga iaitu kurang tiga mata berbanding Kelantan yang berada di tangga ketiga dengan 17 mata.
Para pemain Felda United tidak gentar untuk berdepan dengan ribuan penyokong setia The Red Warriors memandangkan mereka pernah beraksi dua kali musim ini di Kota Bharu iaitu dalam kancah Piala FA lalu. Mereka menyifatkan bahawa mereka sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk bertandang ke Kota Bharu. Sekiranya mereka berjaya mengalahkan Kelantan malam ini, Felda United bakal menjadi pasukan pertama yang menewaskan Kelantan di Kota Bharu musim ini.
Dengan adanya kelibat Hamsani Ahmad pasti akan merancakkan perlawanan kedua-dua pasukan kerana hamsani sering mencetuskan 'kontroversi' di atas padang. Kelincahan Kit Kong dan Zambri Chin pastinya menjadi taruhan utama Felda untuk merobek gawang The Red Warriors lebih awal sepertimana yang dilakukan sewaktu Piala FA lalu. Zambri Chin membuka jaringan Felda United seawal minit ke35 menerusi rembatan yang cantik terus mengelirukan Apex untuk gol pertama Felda.
Namun selepas itu Badri radzi menyamakan kedudukan buat tuan rumah. Berselang beberapa minit, Mat yo melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk memastikan giliran The Red Warriors mendahului Felda United namun tidak lama selepas itu Felda United bernasib baik apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti dan Liew Kit Kong tenang menyempurnakannya untuk memastikan The Red Warriors berjaya diikat di Kota Bharu.
Pada aksi timbal balik Piala FA suku akhir kedua, Kelantan menang mudah dengan jaringan 3-0 namun pelbagai 'kontroversi' yang berlaku apabila pemain Felda United mencetuskan pergaduhan. Malam itu dicemari dengan layangan kad kuning kepada para pemain Felda United. Keseluruhan perlawanan jelas sekali dikuasai The Red Warriors manakala dari segi peluang dan percubaan juga banyak berpihak kepada Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan