Selasa, 12 April 2011

Info@LSM : T-Team Ingin Membalas Dendam


PERTEMBUNGAN skuad ‘abang’ Terengganu dengan skuad ‘adik’ T-Team malam ini di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, pasti menjanjikan aksi menarik kerana kedua-dua pasukan mempunyai misi tersendiri walaupun bernaung dalam Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Skuad T-Team yang dibarisi hampir semua bekas pemain Terengganu mengidam ‘membalas dendam’ kekalahan kepada skuad abang pada aksi tahun lalu yang berkesudahan 1-2 pada saingan Liga Super pusingan kedua selepas seri 1-1 pada pusingan pertama.


“Memang misi kami adalah untuk mengalahkan Terengganu selepas tewas tipis tahun lalu dan berharap pertemuan kali ini bakal memihak kepada kami,” kata kapten T-Team, Rosdi Talib.

Rosdi yang pernah bersama Terengganu ketika muncul juara Piala Malaysia 2001 tetap merendah diri dan mengakui bukan mudah untuk menjinakkan barisan Terengganu yang dibimbing jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim.


Bagi kem Terengganu pula, misi skuad itu hanya satu iaitu menang pertemuan itu dan seterusnya mengekalkan status sebagai skuad utama walaupun bernaung dalam persatuan sama.


“Walaupun dianggap perlawanan sesama sendiri dan pernah berlatih bersama dalam satu pasukan dengan majoriti pemain T-Team, impian Terengganu adalah untuk menang dan seterusnya mampu menjadi pencabar utama liga,” kata kapten Terengganu, Marzuki Yusof.

Menurut kapten berusia 30 tahun itu, semua pemain kini berada pada tahap terbaik dan bertekad untuk bermain bersungguh-sungguh tanpa sebarang tekanan walaupun barisan Terengganu turun sebagai pasukan pelawat.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...