Jumaat, 15 April 2011

Mat Chah Kembali Kemudi Gawang Red Warriors?




Siapakah bakal mengemudi gawang The Red Warriors malam esok? Apex atau Mat Chah? Arena Bola pasti Apex akan direhatkan pada malam esok dan beliau akan digantikan dengan Mat Chah. Ingat lagikah anda dengan penjaga gol kecik molek ini? Pasti ramai peminat bolasepak Malaysia sudah tidak mengingati beliau lagi bukan? Inilah dia Shahrizan Ismail yang juga pernah beraksi bersama Selangor dan Perak pada suatu ketika dahulu.

Memiliki saiz badan yang agak kecil molek, Shahrizan atau lebih mesra dengan sapaan Mat Chah, sudah beraksi dengan banyak pasukan baik pasukan negeri mahupun pasukan kelab. Pemain ini pernah beraksi bersama Selangor untuk beberapa musim sebelum beliau membuat keputusan untuk beraksi bersama pasukan negeri kelahirannya, Kelantan pada tahun 2007.

Aksinya lebih menonjol apabila beliau menjadi penjaga gol utama Kelantan pada tahun 2008 yang pada ketika itu The Red Warriors masih lagi beraksi dalam kancah Liga Premier. Berkat usaha sepasukan, Kelantan layak ke Liga Super dan pada tahun 2009, Mat Chah antara penjaga gol yang paling disegani kawan dan digeruni lawan. Pada masa itu, Khairul Fahmi Che Mat belum lagi mendapat kepercayaan jurulatih Kelantan pada masa itu, Norizan Bakar yang akhirnya digantikan oleh Peter Butler.




Kebijaksanaan Mat Chah melindungi gawang daripada dibocori ternyata mendapat pujian banyak pihak. Namun disebabkan faktor usia, beliau tidak mendapat kepercayaan jurulatih kebangsaan untuk dipanggil menjalani latihan. Kegemilangan karier Mat Chah pada tahun 2009 sungguh menjadi kenangan. Ini kerana kecemerlangannya menyelamatkan bola terutamanya semasa Final Piala FA 2009, sedikit sebanyak menyelamatkan Kelantan yang pada ketika itu masih belum 'mature' beraksi dalam perlawanan kompetitif berbandng Selangor.

2010 merupakan tahun yang bermakna buat Mat chah apabila beliau menjulang skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan muncul Juara setelah beliau cemerlang menafikan sepakan penalti lawan sewaktu menentang Kedah. Jelas sekali Mat Chah cukup lama berehat dari saingan Liga Super dan Kini beliau akan kembali.

Seandainya diberi peluang beraksi malam esok, Arena Bola yakin Mat Chah tidak akan menghampakan ribuan penyokong setia The Red Warriors yang memenuhi Stadium Sultan Muhammad Ke-IV untuk menyaksikan persembahan cemerlang beliau setelah sekian lamanya. Semoga Sabtu ini menjadi detik kebangkitan buat The Red Warriors!

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...