Selasa, 12 April 2011

Info@EPL : Crouch Sedih Mengenangkan Kad Merah Tempoh Hari




LONDON: Penyerang Tottenham, Peter Crouch mengakui kad merah yang diterima ketika menentang Real Madrid adalah detik terburuk dalam kariernya.

Crouch dibuang padang 15 minit selepas permainan bermula kerana kesalahan melakukan dua kekasaran yang tidak sepatutnya ketika Tottenham beraksi pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Bernabeu.


Ketiadaan pemain antarabangsa England itu menjadi antara punca kekalahan teruk 0-4 Tottenham, sekali gus menyaksikan peluang mereka tipis untuk melepasi halangan kedua di White Hart Lane, awal pagi Khamis ini.

Crouch, bekas bintang Liverpool dan Portsmouth mengakui insiden kad merah di bandar raya Sepanyol itu adalah yang terburuk dalam kariernya selama 13 tahun.


“Ia pengalaman paling teruk yang pernah saya alami kerana perlawanan itu sangat penting. Ia perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara di Bernabeu menentang Real Madrid.


“Saya menyaksikan perlawanan dalam salah satu bilik pengadil bersama Rafa (van der Vaart) yang dikeluarkan pada babak pertama. Ia amat mengecewakan. Saya berasa seperti penyebab setiap gol yang kami bolos,” kata Crouch. - AFP

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...