Khamis, 7 April 2011

Kelantan, Selangor Masih Tidak Mahu Mengalah!


Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan masih tidak mahu mengalah meskipun mereka kini terus diasak kuat oleh Juara Liga Super 2010, Selangor  sejak akhir ini. Kelantan yang bermula baik pada awal musim ini gagal mengambil peluang untuk menjarakkan diri dengan musuh tradisi mereka itu meskipun jika dilihat dalam kertas, skuad The Red Warriors mampu memenangi kesemua perlawanan yang lepas. Namun kealpaan para pemain Kelantan dari satu perlawanan ke satu perlawanan terus menenggelamkan harapan besar ribuan penyokong The Red Warriors yang ingin melihat pasukan kegemaran mereka terus maju dan mencipta sejarah.

Selangor bermula agak hambar musim ini apabila tewas mengejut kepada Kelantan pada aksi sulung Liga Super yang juga merupakan perlawanan Piala Sumbangsih Sultan haji Ahmad Shah. Pada saat itulah Kelantan diangkat sebagai 'kuasa baru' arena bolasepak Malaysia manakala Datuk M. Karathu muncul sebagai jurulatih 'ekspress' kerana beliau menjulang kelantan dalam tempoh dua hari beliau mula membimbing skuad itu. Datuk MK mengambil alih tampuk 'pemerintahan' B. Sathianathan setelah Sathia digantung oleh FAM atas sebab yang tidak pasti.

Nasib kedua-dua pasukan ini jelas sekali agak berlainan yang mana menyaksikan Selangor lebih bernasib baik apabila mereka mencatat kemenangan keatas Harimau Muda A hasil kebangkitan saat akhir. Namun nasib Red Warriors agak 'malang' apabila mereka tewas kepada T-Team meskipun mereka juga melakukan kebangkitan pada saat-saat akhir.

Kini status 'Juara' Liga Super Malaysia masih lagi terbuka apabila semua pasukan mula menemui rentak permainan pada perlawanan kesembilan Liga Super. Meskipun Selangor kini berada di tangga pertama Liga SM, namun para penyokong Kelantan yakin para pemain Red Warriors mampu melakukan 'magik' untuk menafikan kejuaraan Liga Super kepada Selangor.

Pertemuan yang agak sengit akan dinanti-nantikan pada bulan mei ini apabila Kelantan bakal ke Shah Alam untuk menentang Selangor dalam kancah Piala FA separuh akhir bagi merebut tiket ke final. Selangor yang bakal menjadi tuan rumah perlawanan Final Piala FA musim 2011 ini pastinya tidak ingin disisihkan.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...