Rakan VVIP Laman PFKE.com

Berita Yang Masih Panas..

Gomo Kelate Gomo!

Ahad, 18 Disember 2011

LIVE!! Piala Unity 2011 : Kelantan FA Vs Persebaya

KELANTAN FA

vs

PERSEBAYA FC
        
UNITY CUP 2011
MALAYSIAN SUPER LEAGUE CHAMPION
VS
INDONESIAN SUPER LEAGUE CHAMPION

PADA 23 DISEMBER 2011
8.45 malam
Saluran 801 ASTRO ARENA
Jom sama-sama kita berikan sokongan kepada pemain-pemain kesayangan kita agar mereka berjuang dengan penuh semangat juang yang tinggi sekaligus menjulang nama The Red Warriors pada mata DUNIA... pakat penuh stadium belako deh ..

Selamat Bertemu Lagi..


Selamat bersua wahai penyokong-penyokong bolasepak Kelantan sekalian.. Sudah sebulan saya berehat panjang daripada dunia blog bagi memberi laluan kepada kerjaya saya sebagai Mahasiswa. Namun begitu, berita serta info mengenai The Red Warriors masih lagi saya ikuti termasuklah penyertaan Antwi, Ghaddar dan tiga serangkai bekas pemain T-Team ke skuad The Red Warriors bagi musim 2012 yang akan menjelang kira-kira dua minggu daripada sekarang.

Terima kasih atas sokongan para pembaca yang sudi terus menjadikan blog ini sebagai wadah utama selain daripada THE RED WARRIORS.COM. Apa-apa pun harap maaf jika terdapat kekurangan sebarang artikel dalam blog ini memandangkan ulasannya adalah bercorakkan sendiri tanpa melakukan 'copy paste' daripada mana-mana blog atau website lain.. Wajah kita, Nukilan kita... Untuk Semua, Penyokong Setia The Red Warriors !! Teruskan perjuangan anda..

Jumaat, 11 November 2011

Super Warriors 2012 : Berbisa Lagikah 'Zidane Malaysia'?

'Zidane Malaysia' kini kembali menyarung jersi The Red Warriors musim depan dan pastinya spekulasi yang mengaitkannya dengan Negeri Sembilan sebenarnya adalah tidak berasas. Indra merupakan antara pemain yang cukup berpengalaman dan mempunyai skill yang bermutu tinggi sepertimana dua rakan seperjuangannya iaitu Hairuddin Omar dan Akmal Rizal Rakhli. Meskipun Indra terus dimamah usia namun khidmatnya masih ditagih oleh beberapa pasukan bolasepak dalam kancah Liga M.

Indra Putra Mahayudin tidak pernah mengecewakan pasukan yang diwakilinya sejak dari penyertaannya dengan Perak lagi. Selepas mencapai kejayaan bersama Perak, beliau terus bergerak maju dengan menandatangani kontrak bersama Gergasi Merah selama beberapa tahun sehingga Selangor muncul sebagai sebuah pasukan Liga Malaysia yang digeruni sekitar musim 2006 hingga 2008.

Menyedari khidmatnya seolah-olah tidak ditagih lagi oleh jurulatih Selangor pada ketika itu, Dollah Salleh, Indra akhirnya mencetuskan gimik baru dalam arena bolasepak negeri Kelantan yang pada ketika itu amat memerlukan beberapa pemain yang cukup berpengalaman untuk mengharungi saingan Liga Super pada musim 2009.

Indra merupakan antara tonggak penting
The Red Warriors pada dua musim sebelum ini.


Kelantan cukup bertuah kerana berjaya mara ke Final Piala FA buat pertama kali setelah sekian lama tersekat di Semi-Final sahaja sebelumnya. Daripada bergelar pemain 'luar' pada tahun 2009, akhirnya musim 2010 menyaksikan Indra Putra diberi kepercayaan sebagai kapten The Red Warriors setelah Badri Radzi mengalami kecederaan pada akhir musim 2009.

Indra sewaktu menjulang Piala Malaysia musim 2010/2011

Berkat usaha sepasukan dan semangat kepimpinan yang ditunjukkan oleh Indra Putra, Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia 2010 dan bergelar selaku Naib Juara Liga Super 2010. Populariti 'Zidane Malaysia' itu ternyata cukup memuncak pada ketika itu sehinggalah terdapat beberapa pasukan handalan Liga Malaysia seperti Kedah, Negeri Sembilan dan T-Team inginlah khidmat pemain yang berumur 30 tahun itu. Tanpa berfikir panjang, Indra melengkapkan perpindahan 'kontroversinya' ke T-Team dan ternyata keputusan Zidane M'sia itu mencetuskan kemarahan ratusan ribu penyokong setia The Red Warriors yang sebelum ini sangat mengagumi disiplin dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh Zidane M'sia itu.

T-Team menjadi antara empat pasukan terbaik Piala Malaysia
musim ini adalah hasil kepimpinan yang ditunjukkan Indra Putra.

Sepanjang mengemudi jentera tengah T-Team musim ini, Indra berjaya memimpin T-Team untuk menewaskan dua pasukan gergasi Liga M iaitu Kelantan dan Selangor. Kedua-dua pasukan gergasi tersebut tewas dua kali berturut-turut kepada pasukan yang diwakili Indra Putra dan ianya merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan T-Team dan dirinya.

Bagaimana pula musim 2012? Mampukah Indra membimbing 'Super Warriors' agar mampu menggondol kesemua kejuaraan yang dipertandingkan pada musim hadapan? Mampukah Indra Putra mahyuddin menamatkan 'badi' kekalahan The Red Warriors pada musim depan dalam Final FA Cup?
Sama-sama kita doakan agar Super Warriors 2012 mencapai kejayaan yang gemilang seperti bergelar Juara Liga Super dan Piala Sumbangsih musim ini.. Aminn..

Khamis, 10 November 2011

Super Warriors 2012 (Bahagian Satu : Indra Putra M)

Khidmat tiga pemain ini pastinya bakal menambahkan lagi semangat
skuad Kelantan menjelang kancah Liga M musim 2012 dan AFC Cup 2012.

Ternyata The Red Warriors bijak berbelanja sewaktu pintu Transfer Liga M kini sedang luas dibuka. Mungkin ramai yang berangggapan bahawa The Red Warriors bakal berbelanja besar untuk memancing lebih ramai pemain bertaraf bintang ke 'Old Trafford Malaysia' itu. 

Tindakan bijak Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dengan mendapatkan beberapa pemain berpengalaman dan ternama kali ini ternyata tidak dijangka oleh para penyokong setia The Red Warriors. Sebelum ini kononnya Safiq Rahim, Amirul Hadi dan Aidil Zafuan dikaitkan dengan evolusi 'Super Warriors' 2012 yang digagaskan oleh Presiden KAFA. Sebaliknya, Kelantan dilihat agak berbelanja besar dalam membawa seberapa ramai awang import yang berkualiti ke dalam skuad.

Indra antara pemain terbaru yang diserapkan ke dalam
skuad Super warriors musim depan.

Dengan kembalinya bekas kapten The Red Warriors musim 2009-2010, Indra Putra Mahyudin ke dalam skuad utama Kelantan, bahagian tengah pasti bakal sedikit 'berkuasa' di samping bantuan kapten TRW pada ketika ini, Badri Radzi. Watak Indra sebagai pengantara di tengah padang sememangnya digeruni serta dihormati lawan seperti mana yang dilakukannya ketika mewakili T-Team musim ini. Indra juga merupakan watak penting kepada kekalahan dua kali berturut-turut Kelantan kepada T-Team musim ini dan kini Indra sudah menjadi milik Kelantan.

Indra kembali bergandingan dengan Badri Radzi
dalam skuad utama Super Warriors musim depan.

Persoalan kini, siapakah kapten musim hadapan? Adakah Piya sudah bersedia menyerahkan 'arm-band' lilitan KAPTEN kepada bekas kapten itu? Adakah Indra menjadi pilihan Butler sebagai ketua pasukan Super Warriors 2012?  Nantikan sambungannya ..

Ahad, 6 November 2011

Jersi The Super Warriors 2012?



Credit Pic : Megat Marzuqi

The Red Warriors sememangnya tidak asing dengan jersi baru apabila setiap kali musim baru bakal bermula. Begitulah juga bagi menghadapi musim depan yang penuh dengan liku cabaran yang bukan sahaja secara domestik malah The Red Warriors bakal beraksi buat julung kalinya di pentas antarabangsa iaitu dalam saingan Piala AFC.

Dengan Kelantan bakal diperkuatkan dengan beberapa tenaga baru dalam skuad, The Red Warriors juga dijangka bakal mencorakkan jersi keramat mereka dengan penuh bergaya apabila dikhabarkan bintang bakal ditambah di logo kijang yang sekaligus menyaksikan Kelantan memiliki dua bintang yang dilihat seolah-olah pasukan kebangsaan Jerman.

Credit Pic : FB Kelantan The Red Warriors 2011


Jika harga jersi musim ini sekitar RM 70 bagi jersi yang original standard, musim depan mungkin bakal menyaksikan harga sedikit mahal memandangkan jenis kain serta materialnya yang lebih berkualiti. Penaja utama The Red Warriors iaitu syarikat pakaian sukan bertaraf dunia, UMBRO bersetuju untuk meneruskan penajaan keatas The Red Warriors berdasarkan pencapaian yang membanggakan pasukan Kijang itu sepanjang musim ini.

Khamis, 27 Oktober 2011

Pahlawan Merah, Jasamu Dikenang


Sedih dan pilu untuk menggambarkan pemergian beberapa pemain The Red Warriors yang digugurkan oleh KAFA untuk musim depan. Mungkin faktor usia membataskan pemain-pemain ini untuk terus menabur bakti bersama Sang Kijang yang sejak akhir-akhir ini mengenakan corak permainan yang cukup laju dan lebih berskill 'Xavism'. Pemain yang digugurkan diharap mampu meneruskan karier mereka dengan lebih cemerlang tanpa mudah patah semangat..

Antara pemain yang dilepaskan ialah Norhadi Ubaidillah, Wan Rohaimi Wan Ismail, Wan Zaman Wan Mustapha, Khairan Eruan Razali, Khairan Eroza Razali, Khalid Jamlus, Solehin Kanasian Abdullah, Daniel Fadzly Abdullah dan Zul Yusri Che Harun, manakala penjaga gol veteran, Mohd. Halim Napi mengambil keputusan untuk bersara daripada arena bola sepak.


(Wan Rohaimi Wan Ismail)

(Danial Fadly Abdullah)

(Wan Zaman Wan Mustapha)

(Khalid Jamlus)

(Norhadi Ubaidillah)

(Zul Yusri Che Harun)

(Khairan Eroza Razali)

(Halim Napi)


A R Bakal Meninggalkan The Red Warriors musim depan?

Nurul Azwan Roya antara pemain penting yang
banyak membantu Kelantan memenangi beberapa
trofi prestij musim ini.

Dalam kebanyakan pemain-pemain The Red Warriors cuba memperbaharui kontrak masing-masing untuk dua atau tiga musim lagi, kini tinggal pemain nombor 12 Kelantan, Nurul Azwan Roya yang masih memberikan seribu tanda tanya kepada pengurusan KAFA. Mungkinkah pemain yang lebih mesra dengan nama samaran 'awe' itu sudah mendapat tawaran dari kelab lain sehingga menjadikannya serba salah untuk meneruskan perjuangan bersama rakan sepasukan The Red Warriors? Awe oh awe..

Kepantasan mengelicik bola dan skill yang tinggi
sememangnya menjadi senjata utama Nurul Azwan Roya.

Menurut sumber yang boleh dipercayai dari KAFA, Awe dikatakan masih belum memberikan tanda-tanda positif untuk kekal di Kelantan dan dijangka pemain tersebut bakal berhijrah musim hadapan. Dikhabarkan beberapa kelab ternama lain sudah mengintai awe terutama sekali Selangor FA, Kedah FA dan ATM. Tidak dapat dinafikan juga terdapat tawaran daripada bekas kelab lamanya, Johor FC namun semuanya kini terserah kepada pemain 'lipas kudung' itu untuk membuat keputusan. 

Kelantan pasti bakal merasai kehilangan penyerang
berbisa ini kerana setiap gerakannya mampu menghasilkan gol.


Apa-apa pun pemergian awe pasti akan ditangisi oleh para penyokong setia The Red Warriors dan jika benar awe bakal meninggalkan Kelantan musim hadapan, para penyokong mengucapkan selamat maju jaya dan jangan serik-serik lah untuk ke Kelantan lagi musim yang akan datang..

P/S : Terkini!!!! Nurul Azwan Roya akhirnya setuju menandatangani kontrak bersama TRW untuk musim 2012... TAHNIAH AWE....GO THE RED WARRIORS GO!

Ahad, 23 Oktober 2011

Amirul Hadi Zainal ke Kelantan?

Amirul antara nama besar yang bakal berhijrah ke Kelantan.

Musim 2012 bakal menyaksikan The Red Warriors bakal melakukan satu transformasi besar dalam pasukan mereka dengan dijangka mendapat peruntukan yang besar untuk dibelanjakan. Dengan Kelantan bakal kehilangan Rizal, Chanturu dan Piya, The Red Warriors dilihat sudah mula mengorak langkah dengan menyenaraikan beberapa nama besar untuk diserapkan ke dalam 'Super Warriors' musim hadapan.



Amirul Hadi Zainal antara watak yang tidak mustahil mampu memberi impak baru kepada corak permainan The Red Warriors memandangkan pemain skuad kebangsaan itu juga pernah menjulang Selangor sebagai Juara Liga Super 2010 dan Juara Piala FA 2009. Sikapnya yang cukup berdisiplin di atas padang serta semangat juang yang tinggi sememangnya cukup dikenali dan disegani dalam kancah Liga Malaysia.

Khairul Fahmi Che Mat(kiri) dan (kanan)Amirul Hadi Zainal dikatakan
bakal trade in antara satu sama lain.


Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Selangor FA ingin berunding dengan Kelantan FA untuk melakukan 'trade in' diantara Khairul Fahmi Che Mat dengan Amirul Hadi Zainal. Namun begitu, kesahihan info tersebut akan segera penulis dapatkan agar para penyokong tidak tertipu dengan omong kosong pihak yang tidak bertanggungjawab.


Rabu, 19 Oktober 2011

Kelantan Sudah Sedia Lepaskan Piya?

Badri Radzi pasti akan terus dikenang sebagai wira 'The Red Warriors' sampai bila-bila
Credit Pic : Wawan Faiz

Sejak akhir-akhir ini rumour tentang perpindahan 5 pemain utama The Red Warriors semakin hangat untuk diperkatakan. Terbaru, Kapten pasukan, Mohd Badri Radzi dikatakan sudah sedia untuk keluar dari 'zon selesa' setelah sekian lama menabur bakti bersama pasukan gergasi bolasepak Malaysia itu. Yang pasti, kegagalan layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia musim ini bukanlah penyebab utama pemain berumur 30 tahun itu ingin berhijrah dari skuad The Red Warriors.

Para penyokong pastinya amat menantikan pasukan manakah yang bakal menjadi tempat penghijrahan Piya dan antara kelab yang tersenarai ialah Selangor FA dan Kedah FA. Tidak mustahil jika beliau berhijrah ke sana memandangkan kedua-dua pasukan tersebut kini mengalami masalah untuk menghidupkan jentera 'tengah' dan serangan. Hal ini dibuktikan apabila kedua-dua pasukan bergelut untuk mencapai kemenangan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Sudah tiba masanya untuk Piya mengembangkan kariernya di luar Kelantan.
Credit Pic : Shazli

Namun begitu, kemungkinan Piya akan ke Selangor adalah tinggi memandangkan kelab itu juga sudah sedia untuk membawanya ke Shah Alam. Di kem Kelantan, impak ketiadaan pemain itu kelak pasti tidak akan merencatkan persiapan musim 2012 dengan Kelantan bakal berbelanja besar untuk membawa lebih ramai pemain bintang termasuklah beberapa pemain import.

Tugas selaku kapten sudah pasti akan digalas penolongnya, Norshahrul Idlan Talaha yang dilihat bakal kekal bersama The Red Warriors untuk tempoh beberapa tahun. Dengan pengalaman bersama skuad Kebangsaan dan sokongan padu penyokong setia The Red Warriors, Matyo antara watak yang mampu mengubah tempo permainan Sang Kijang ke arah yang lebih cemerlang kelak.

GOMO KELATE GOMO!! THE RED WARRIORS JUARA LIGA SUPER DAN JUARA PIALA SUMBANGSIH!!

Khamis, 22 September 2011

Tampuk K.Devan Bakal Diambil Alih Sathianathan?

K.Devan terpaksa meninggalkan The Red Giants setelah
beliau gagal membawa Selangor mara lebih jauh musim ini.


Zaman kegemilangan K.Devan bersama Gergasi Lembah Klang itu akhirnya terhenti setelah pengurusan FAS mengambil tindakan drastik dengan menamatkan khidmat jurulatih tersebut. Devan yang sebelum ini pernah menjulang Selangor sebagai Juara Piala FA musim 2009 dan Juara Liga Super 2010 pastinya antara individu yang paling kecewa namun beliau akui pihak pengurusan lebih berhak menentukan masa depan pasukan Selangor.

Devan pernah mencipta kejayaan buat Red Giants
namun itu semua sudah lama berlalu.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang pengganti Devan selepas ini dan Admin berjaya mendapat info dari Shah Alam yang mengatakan bahawa bekas jurulatih The Red Warriors, B.Sathianathan bakal menggalas tanggungjawab dalam merealisasikan 'misi 33' yang dicanang oleh The Red Warriors pada awal kempen Piala Malaysia. Di kem Kelantan, berita 'Abe Ya' akan ke Selangor merupakan isu yang sedang hangat untuk diperkatakan dan mereka pastinya tidak ingin melihat Sathia memimpin pasukan musuh tradisi mereka itu.


Jika Sathia benar-benar akan ke Selangor,
tidak mustahil 'Misi 33' akan tercapai memandangkan
beliau antara jurulatih terbaik negara pada ketika ini.


Jika benar kesahihan info tersebut, episod 'permusuhan' antara The Red Warriors dengan The Red Giants pasti akan lebih panas kerana Sathia sememangnya sudah arif dengan corak permainan The Red Warriors sejak beliau mengambil tampuk pimpinan yang ditinggalkan Peter James Butler pada tahun akhir 2009.

Mahukah Sathia ke Selangor?

Admin yakin bahawa Sathia tidak akan sesekali akan menyertai Selangor kerana beliau sememangnya sudah 'jatuh cinta' dengan kemeriahan bolasepak di negeri Kelantan. Jurulatih tersebut juga pernah mengatakan bahawa pemain-pemain bolasepak Kelantan mempunyai semangat juang yang tinggi yang tidak ada dalam mana-mana pasukan lain. Oleh sebab itulah beliau kekal berkhidmat dengan The Red Warriors meskipun khidmatnya sebagai jurulatih utama Kelantan diambil alih oleh rakan seperjuangan, Datuk M. Karathu.


Rabu, 21 September 2011

Badri Radzi, Matyo Penentu Hidup Dan Mati The Red Warriors

Badri Radzi sering kali mengalami prestasi yang tidak menentu
sehingga kadang kala mengundang resah dalam kalangan penyokong
setia The Red Warriors yang terus mengekori perkembangan kariernya.


Dengan kini hanya berbaki dua perlawanan di peringkat kumpulan, The Red Warriors dilihat mula mengorak langkah kanan bagi mempertahankan trofi yang mereka menangi musim lalu, Piala Malaysia sekali gus menambah koleksi Sang Wira Merah sebagai antara kuasa baru bolasepak Malaysia. Namun begitu, mungkin terlalu awal untuk meramalkan Kelantan antara pasukan pilihan ke Final memandangkan saingan Piala Malaysia ini penuh dengan kejutan dan pastinya pasukan bukan pilihan lain juga ingin mencipta sejarah yang tersendiri.

Matyo kini sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan 'hamstring'
dan kejayaan merobek gawang Sarawak tempoh hari semakin membakar
semangat anak muda ini untuk merealisasikan trofi Piala Malaysia buat Kelantan musim ini.


Kebangkitan prestasi The Red Warriors sejak akhir-akhir ini sememangnya dikaitkan dengan sekembalinya ketajaman penyudah dua pemain utama The Red Warriors iaitu kapten TRW, Piya dan penyerang prolifik kebangsaan, Matyo. Kedua-dua pemain ini telah memainkan peranan yang cukup penting ketika Sang Kijang membelasah Sang Bujang Senang 4-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV baru-baru ini. Gandingan Shakir-Matyo-Piya ternyata membuahkan hasil pada kali ini apabila mereka berjaya menjaringkan gol kemenangan buat The Red Warriors dalam tempoh yang cukup singkat. 

Kebangkitan pemain The Red Warriors diharap mampu kekal
konsisten sehingga mereka berjaya mencipta sesuatu yang
terbaik untuk pasukan dan para penyokong setia di belakang mereka.


Walau bagaimanapun, kredit pastinya perlu diberikan kepada semua pemain The Red Warriors kerana mereka telah bermandi keringat dalam memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka sambil mereka tidak mahu menghampakan kira-kira 10,000 penyokong setia The Red Warriors yang memeriahkan suasana.

Harapan para penyokong Kelantan kini terarah kepada pertemuan antara Kelantan dengan Johor FC yang mungkin bakal menentukan sama ada skuad The Red Warriors benar-benar sudah bangkit dari lamunan atau sebaliknya...

Sebelum mengakhiri artikel ini, admin tinggalkan anda dengan kedudukan terkini pasukan-pasukan dalam kancah Piala Malaysia 2011... Assalamualaikum dan Salam 1 Kelantan..

Kedudukan Pasukan Piala Malaysia 2011
KUMPULAN A
KUMPULAN B
KUMPULAN C
KUMPULAN D


Selasa, 20 September 2011

Amukan Badri Bikin Sarawak Gigit Jari

Kemenangan 4-0 Kelantan keatas Sarawak tempoh hari sememangnya berlaku secara dramatik dan penyokong setia The Red Warriors sendiri seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku dalam masa yang singkat itu. Yang pastinya prestasi yang cemerlang ditunjukkan oleh kapten Sang Wira Merah, Mohd Badri Radzi pada saat-saat akhir babak permainan mengubah nasib The Red Warriors yang pada separuh masa pertamanya berputih mata tanpa sebarang jaringan.

Norshahrul Idlan Talaha juga sudah mula menemui sentuhan pemusnahnya.


Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada malam tersebut agak kurang kapasiti penyokong memandangkan bandar Kota Bharu dituruni hujan sejak petang lagi. Namun ternyata anak didik Datuk M. Karathu tidak menjadikan itu semua sebagai alasan dengan menghadiahkan tiga penuh buat ribuan penyokong fanatik The Red Warriors yang sememangnya mendahagakan kemenangan setelah mereka diaibkan oleh Felda United sebelum ini.

Peluang Kelantan untuk ke suku akhir kini semakin pasti dengan mereka kini hanya kekurangan satu mata untuk mengatasi pendahulu kumpulan C, Felda United.

Isnin, 22 Ogos 2011

Kelantan Sedia Menggegar Piala Malaysia 2011

Kelantan dilihat cukup bersedia mengharungi kancah
Piala Malaysia musim ini setelah berjaya mendapatkan
khidmat dua pemain pinjaman, R.Surendran dan Alex.

Setelah sekian lama penulis blog membisu, kini kami kembali menghangatkan saingan Piala Malaysia akan berlangsung tidak lama lagi.. Namun Piala Malaysia musim ini agak berbeza bahangnya apabila The Red Warriors berjaya mendapatkan dua pemain 'star' dari pasukan Tok Gajah iaitu R. Surendren dan Mohd Azamuddin Akil.

Ternyata kelibat mereka dalam skuad The Red Warriors sejak akhir-akhir ini banyak memberi impak kepada jentera serangan yang sebelum ini hanya diketuai penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha dan Nurul Azwan Roya. Kemenangan 5-0 keatas Kuala Lumpur dan 1-0 keatas Selangor sememangnya telah menunjukkan kualiti sebenar Alex dan Surendren di atas padang. 

Alex sewaktu beraksi dalam perlawanan persahabatan
menentang Selangor di Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Kelantan sudah bertahun-tahun cuba memancing Alex ke Kelantan namun menemui jalan buntu. Mungkin setelah sekian lama berkelana di Pahang memaksa Azamuddin untuk menghirup nafas baru di Kelantan sambil ditemani rakan baiknya, R.Surendren. Jika Alex ingin terus kekal bersama The Red Warriors musim depan, ini pastinya memberi kelegaan buat penyokong Kelantan yang sudah mula menaruh harapan kepada pemain itu..


APA-APA PUN DIHARAP ALEX DAN SURENDREN DAPAT MENGEKALKAN PRESTASI TERBAIK SEHINGGA BERAKHIRNYA KANCAH PIALA MALAYSIA 2011....
GOMO KELATE GOMO!! KELATE HEBAT SOKMO!! 

Rabu, 13 Julai 2011

Calon Tip Top Bakal Bersama The Red Warriors 2012?

Setelah berjaya mengharungi Liga Super musim ini dengan merangkul kejuaraan buat kali pertama, Kelantan kini sudah mengatur langkah awal apabila dikhabarkan bakal berbelanja besar untuk mendapatkan barisan terkuat bagi mengharungi musim 2012 yang mencabar. Selain bakal ditentang hebat oleh pasukan terkuat lain dalam kancah Liga Super, Kelantan juga bakal mengharungi saingan Piala AFC bermula Mac musim hadapan.

Berikut adalah calon-calonnya :

Abdul Hadi Yahya
Striker Terengganu FA
  • Dikatakan Hadi masih berteka-teki untuk terus bersama Sang Peteh musim hadapan setelah beliau mendapat tawaran daripada Selangor dan Kelantan.
  • Hadi yang dinobatkan selaku Penjaring Terbanyak musim ini pastinya ingin beraksi dengan kelab yang lebih kompetitif agar peluangnya untuk bersama skuad Kebangsaan terus bersinar.
  • Untuk mendapatkan khidmat pemain ini, mungkin Kelantan harus membida dalam sekitar RM 1****..
  • Namun Hadi dikatakan lebih cenderung untuk menyertai Selangor FA musim hadapan memandangkan di situ lah tempat kelahiran beliau.



Baddrol Bakhtiar
Striker/Winger Kedah FA
  • Setelah gagal selama dua tahun untuk mendapatkan khidmat pemain kelahiran Kedah ini, Kelantan dilihat mempunyai peluang keemasan setelah Baddrol dikhabarkan sedia menyarung jersi The Red Warriors musim hadapan..
  • Dengan kepantasan larian dan teknik sepakan set-piece yang mengagumkan, baddrol antara pemain muda yang mungkin bakal membarisi jentera serangan Kelantan musim hadapan..
  • Dikhabarkan juga kontrak Baddrol bersama Kedah kini hanya berbaki setahun dan jika Kelantan benar-benar serius ingin mendapatkan pemain ini, tindakan susulan harus dilakukan..



Azlan Ismail
Striker Kedah FA
  • Azlan Ismail kerap kali mencetuskan kontroversi baik di Kelantan mahupun di mana-mana sahaja pasukan yang diwakilinya..
  • Azlan sememangnya mempamerkan aksi cemerlang sepanjang bersama Sang Kenari musim ini namun sayangnya beliau disisih akibat kecederaan..
  • Mempunyai naluri terbaik sebagai seorang striker dan mempunyai sepakan deras, Azlan mungkin bakal kembali menabur bakti kepada negeri kelahirannya..



Amirul Hadi Zainal
Striker/Winger Selangor FA
  • Amirul antara winger terbaik Malaysia selain daripada S.Chanturu dan Nurul Azwan Roya.
  • Kelincahan dan kerajinan berlari mendapatkan bola pastinya mampu menarik mana-mana jurulatih untuk mendapatkan khidmatnya.
  • kontrak Amirul dijangka tamat musim ini dan jika terdapat mana-mana tawaran, pasti tidak akan dilepaskan oleh Amirul.
  • Sebelum ini, terdapat rumour yang mengatakan Amirul kini sudah sedia keluar dari zon selesanya di Selangor dan beliau sedia menerima cabaran baru bersama pasukan yang sedia menaruh khidmatnya.



Safiq Rahim
Attacking Midfielder Selangor FA
  • Safiq hampir pasti bersama Kelantan musim depan seandainya beliau tidak ke Liga Super Indonesia.
  • Kapten Skuad Kebangsaan itu sememangnya sudah meluahkan betapa beliau kagum dengan pasukan dan penyokong Kelantan dan beliau tidak menolak kemungkinan bahawa suatu hari nantibeliau akan beraksi bersama Kelantan.
  • Kontrak Safiq Rahim dijangka tamat akhir musim hadapan namun, sebarang tawaran mungkin mampu dipertimbangkan oleh beliau..



NorFarhan Muhammad
Striker/Winger T-Team
  • Farhan pernah beraksi bersama Kelantan musim lalu dengan membantu The Red Warriors menjulang Piala Malaysia buat kali pertamanya.
  • Namun, perpindahan beliau secara mengejut sememangnya tidak boleh diterima oleh segelintir penyokong Kelantan yang bertindak memulau pemain berkenaan..
  • Prestasi beliau bersama T-Team cukup memberangsangkan namun menurut Farhan, beliau tidak mendapat kepuasan bermain seperti yang dirasai semasa bersama Kelantan..
  • Jika peluang dan ruang diberikan kepadanya, tidak mustahil Farhan akan kembali dan menjanjikan persembahan yang cemerlang seperti mana yang dilakukan beliau sepanjang dua musim bersama Kelantan.



Mahali Jasuli
Defender Harimau Muda A
  • Mahali antara pemain pertahanan yang cukup muda dan berbakat yang dimiliki Skuad muda negara.
  • Namun kadang-kala Mahali dilihat agak kurang matang beraksi meskipun beliau mendapat pendedahan dalam perlawanan antarabangsa yang kerap.
  • Jika Mahali bersama Kelantan musim depan, beliau mungkin mampu mengasah bakatnya dengan lebih efektif dengan adanya pemain senior seperti S.Subramaniam dan Daudsu Jamaludin.
  • Pemain ini sememangnya mudah untuk digandingkan dengan pemain pertahanan lain sepertimana yang dilakukan oleh Datuk K.Rajagopal sebelum ini.


Azmi Muslim
Defender/Midfielder Kedah FA
  • Azmi Muslim agak cemerlang beraksi pada awal musim namun agak hambar pada akhir-akhir musim berikutan kecederaan yang kerap dialaminya.
  • Pengalaman beraksi bersama UPB-My Team dan Skuad kebangsaan memberikan pemain ini advantage dalam mengharungi perlawanan besar.
  • Azmi berkeupayaan bermain di posisi pertahanan dan tengah dalam satu masa..
  • Dikhabarkan pemain ini sedia dilepaskan musim hadapan..


K.Gurusamy
Attacking Midfielder/Winger Harimau Muda A
  • Gurusamy antara pemain Harimau Muda yang cukup berdisiplin dan berwibawa.
  • Selain Kelantan, Selangor dan Kedah juga bakal berebut-rebut untuk mendapatkan khidmat pemain ini.
  • Keupayaan beraksi sehingga 90 minit perlawanan dan bercirikan 'Playmaker', Gurusamy dilihat antara calon yang sesuai untuk digandingkan bersama Piya dan Shakir musim hadapan..


P/s: Sebenarnya masih ade tiga orang lagi calon pemain yang bakal menyarung jersi Kelantan musim 2012 tapi admin malas nak sebut,, panjang sangat.. Nanti xpasal-pasal kamu semua tak terbaca pulak.. Hehe...

GOMO KELATE GOMO..WE'RE RED..WE'RE WARRIORS!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...