Rakan VVIP Laman PFKE.com

Berita Yang Masih Panas..

Gomo Kelate Gomo!

Jumaat, 11 November 2011

Super Warriors 2012 : Berbisa Lagikah 'Zidane Malaysia'?

'Zidane Malaysia' kini kembali menyarung jersi The Red Warriors musim depan dan pastinya spekulasi yang mengaitkannya dengan Negeri Sembilan sebenarnya adalah tidak berasas. Indra merupakan antara pemain yang cukup berpengalaman dan mempunyai skill yang bermutu tinggi sepertimana dua rakan seperjuangannya iaitu Hairuddin Omar dan Akmal Rizal Rakhli. Meskipun Indra terus dimamah usia namun khidmatnya masih ditagih oleh beberapa pasukan bolasepak dalam kancah Liga M.

Indra Putra Mahayudin tidak pernah mengecewakan pasukan yang diwakilinya sejak dari penyertaannya dengan Perak lagi. Selepas mencapai kejayaan bersama Perak, beliau terus bergerak maju dengan menandatangani kontrak bersama Gergasi Merah selama beberapa tahun sehingga Selangor muncul sebagai sebuah pasukan Liga Malaysia yang digeruni sekitar musim 2006 hingga 2008.

Menyedari khidmatnya seolah-olah tidak ditagih lagi oleh jurulatih Selangor pada ketika itu, Dollah Salleh, Indra akhirnya mencetuskan gimik baru dalam arena bolasepak negeri Kelantan yang pada ketika itu amat memerlukan beberapa pemain yang cukup berpengalaman untuk mengharungi saingan Liga Super pada musim 2009.

Indra merupakan antara tonggak penting
The Red Warriors pada dua musim sebelum ini.


Kelantan cukup bertuah kerana berjaya mara ke Final Piala FA buat pertama kali setelah sekian lama tersekat di Semi-Final sahaja sebelumnya. Daripada bergelar pemain 'luar' pada tahun 2009, akhirnya musim 2010 menyaksikan Indra Putra diberi kepercayaan sebagai kapten The Red Warriors setelah Badri Radzi mengalami kecederaan pada akhir musim 2009.

Indra sewaktu menjulang Piala Malaysia musim 2010/2011

Berkat usaha sepasukan dan semangat kepimpinan yang ditunjukkan oleh Indra Putra, Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia 2010 dan bergelar selaku Naib Juara Liga Super 2010. Populariti 'Zidane Malaysia' itu ternyata cukup memuncak pada ketika itu sehinggalah terdapat beberapa pasukan handalan Liga Malaysia seperti Kedah, Negeri Sembilan dan T-Team inginlah khidmat pemain yang berumur 30 tahun itu. Tanpa berfikir panjang, Indra melengkapkan perpindahan 'kontroversinya' ke T-Team dan ternyata keputusan Zidane M'sia itu mencetuskan kemarahan ratusan ribu penyokong setia The Red Warriors yang sebelum ini sangat mengagumi disiplin dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh Zidane M'sia itu.

T-Team menjadi antara empat pasukan terbaik Piala Malaysia
musim ini adalah hasil kepimpinan yang ditunjukkan Indra Putra.

Sepanjang mengemudi jentera tengah T-Team musim ini, Indra berjaya memimpin T-Team untuk menewaskan dua pasukan gergasi Liga M iaitu Kelantan dan Selangor. Kedua-dua pasukan gergasi tersebut tewas dua kali berturut-turut kepada pasukan yang diwakili Indra Putra dan ianya merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan T-Team dan dirinya.

Bagaimana pula musim 2012? Mampukah Indra membimbing 'Super Warriors' agar mampu menggondol kesemua kejuaraan yang dipertandingkan pada musim hadapan? Mampukah Indra Putra mahyuddin menamatkan 'badi' kekalahan The Red Warriors pada musim depan dalam Final FA Cup?
Sama-sama kita doakan agar Super Warriors 2012 mencapai kejayaan yang gemilang seperti bergelar Juara Liga Super dan Piala Sumbangsih musim ini.. Aminn..

1 ulasan :

Tanpa Nama berkata...

Wow, this article is fastidious, my younger sister is analyzing these kinds of things, thus I am
going to convey her.
Also visit my blog ... football transfer rumours man utd

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...