Sabtu, 29 Jun 2013

Menjelang Final FA Cup 2013

Penonton tanah air bakal disaji kelibat 2 pasukan sama hebat




Kuala Lumpur: Kelantan diramal mampu mempertahankan kejuaraan Piala FA ketika berdepan Johor Darul Takzim (DT) pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. 
Selain berpengalaman dalam tiga aksi final piala itu, Kelantan mempunyai kelebihan kerana dibarisi pemain handalan seperti Badhri Radzi, Indra Putra Mahyuddin, Norfarhan Mohamad, Obinna Nwaneri, Dickson Nwakamae dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang mampu mengatasi cabaran anak buah Fandi Ahmad. 

Bagi saya kedua-dua pasukan sama hebat tetapi Kelantan mempunyai pengalaman beraksi di pentas final di mana ini akan membantu mereka untuk menangani cabaran dari Johor DT,” Datuk M Karathu, bekas jurulatih Kelantan
Johor DT sebaliknya, walaupun dibarisi pemain bintang seperti Norshahrul Idlan Talaha, Leonel Nunez, Nurul Azwan Roya, Andrezinho dan Safee Sali, terpaksa akur dengan ketiadaan pertahanan kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak yang digantung perlawanan.

Faktor Mat Yo, Awe


Bagaimanapun, faktor Matyo (Norshahrul) dan Awe (Nurul Azwan) - dua bekas pemain Kelantan yang berhijrah ke Johor musim ini - mampu menampilkan kejutan kerana kedua-duanya bersemangat untuk membuktikan sesuatu bersama pasukan baru.


Apapun aksi di atas padang akan menentukan keputusan, bukan apa yang tertera di atas kertas. Percaturan jurulatih Kelantan, Bojan Hodak dan jurulatih Johor DT, Fandi, serta kemampuan anak buah masing-masing melaksanakan arahan bakal menjadi penentu pasukan mana muncul juara malam ini. 
Jurulatih Tentera, B Sathianathan, berkata kelebihan berpihak kepada Kelantan kerana mereka mempunyai pengalaman beraksi di pentas final dan masih segar dengan kejayaan menjulang trofi tahun lalu.

“Sekalipun Johor mempunyai ramai pemain berbakat, mereka tidak pernah beraksi di pentas final sebelum ini dan ia agak menyukarkan mereka. 

“Perlawanan pasti sengit dan hebat. Saya rasa ia akan berlanjutan hingga sepakan penalti,” katanya semalam.

Bagi jurulatih Pahang, Dollah Salleh, kedua-dua pasukan sama hebat dan ada kelebihan masing-masing, tetapi jika berpandu kepada pengalaman, ia memihak Kelantan kerana ini kali ketiga mereka ke final.

“Tidak boleh dinafikan, pengalaman itu akan banyak membantu mereka pada perlawanan itu nanti. Selain itu, Johor DT saya rasa bakal berdepan masalah terutama di bahagian pertahanan dengan ketiadaan Aidil Zafuan Abd Razak yang digantung perlawanan,” katanya.

Selasa, 25 Jun 2013

Liga Super 2013 : Kelantan Vs Pahang

PERLAWANAN LIGA SUPER MALAYSIA EDISI 25 JUN 2013






Usah sia-siakan peluang!



Kota Bharu: Jangan sia-siakan peluang depan mata! 

Itu amanat bekas kapten kebangsaan, Tengku Hazman Raja Hassan kepada skuad Kelantan yang akan turun berarak menentang Johor Darul Takzim (DT) pada final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini. 
Selepas hilang satu trofi – Liga Super – Tengku Hazman yang juga jurulatih skuad belia negeri ini berpendapat Sabtu ini adalah peluang terbaik untuk The Red Warriors (TRW) mengekalkan satu piala ke bumi Kelantan dan semua pemain harus sedar hakikat berkenaan. 


“Peluang masih 50-50 dan dengan barisan pemain yang ada setiap pasukan berpeluang untuk memenangi perlawanan. Pasukan mana yang kurang lakukan kesilapan, pasukan itulah yang akan menjulang trofi kejuaraan. 




TRW punyai kelebihan 

“Daripada tiga piala yang kita menang musim lalu, satu piala (Liga Super) sudah hilang dan ini peluang terbaik untuk pasukan cuba kekalkan sekurang-kurangnya satu piala di Kelantan. 

“Kedua-dua finalis diwakili pemain senior dan berpengalaman tetapi saya lihat Kelantan memiliki kelebihan kerana mereka sudah lama beraksi bersama sebagai satu pasukan berbanding Johor DT,” katanya. 
Dia pernah mengetuai pasukan kebangsaan untuk tempoh tujuh tahun sejak 1998 hingga 2005 dan menjadi salah seorang tonggak ketika Kejohanan Piala Dunia Remaja di Kuala Lumpur pada 1997.

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...