Memaparkan catatan dengan label Norshahrul Idlan Talaha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Norshahrul Idlan Talaha. Papar semua catatan

Rabu, 31 Oktober 2012

Khyril Muhymeen Bakal Jadi Pengganti Matyo?



Sudah kira-kira 3 hari Laman PFKE.com sepi bukan kerana tidak punya info tetapi pihak kami sebenarnya tidak mahu terlalu menyebarkan tentang pemain yang bakal bersama The Red Warriors musim hadapan. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir pihak yang cuba 'mengintip' perkembangan persiapan pasukan Kelantan melalui laman web dan juga facebook. 

Ia sudah pasti akan menganggu pihak pengurusan KAFA untuk menguruskan tentang pemain-pemain. Sebelum ini, sudah ramai pemain yang diramal akan bersama Kelantan FA musim hadapan sudah disapu bersih oleh sebuah persatuan bolasepak yang mempunyai dana yang cukup besar. Yang itu pihak kami tidak mahu perkatakan. Sebaliknya, post pada kali ini lebih berkisarkan tentang Khyril Muhymeen yang merupakan satu-satunya penyerang Kedah FA yang kini dikaitkan bakal menyarung jersi The Red Warriors musim hadapan. 


Tidak dapat dinafikan bahawa pemain yang berumur 29 tahun itu kini berada di puncak prestasi apabila kerap kali menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan Piala Malaysia musim ini meskipun beliau baru sahaja pulih dari kecederaan. Kelebihan beliau yang mampu beraksi di posisi tengah dan penyerang menjadikan beliau antara pemain bolasepak yang cukup digeruni dalam arena bolasepak negara. Apa yang pasti, bakat pemain kelahiran Kedah ini mula terselah sewaktu beliau berjaya berada dalam kesebelasan Sang Kenari pada musim 2005/2006.

Namun begitu, kini episod baru bakal bermula dalam kariernya yang mana pada ketika ini dikatakan Khyril bakal berhijrah ke Kota Bharu bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh beberapa pemain Kelantan FA yang akan berhijrah dalam masa terdekat. Adakah beliau akan mengambil alih posisi Norshahrul Idlan Talaha? Itu tidak mustahil memandangkan Norshahrul yang pada ketika ini dikatakan berminat untuk berhijrah ke Johor musim hadapan. 

Walau bagaimanapun, kini akhbar-akhbar tempatan heboh mengatakan bahawa pemain kelahiran Besut itu membatalkan hajatnya demi menghormati kontrak yang masih berbaki setahun.. Pada pendapat kami di Laman PFKE.com, tidak salah jika Norshahrul ingin berhijrah tetapi beliau perlu bersikap lebih profesional dengan pihak pengurusan KAFA agar ia tidak menimbulkan sebarang masalah yang lebih serius. Berbalik pula dengan cerita pemain Kedah FA, pihak kami merasakan betapa Kelantan telah melakukan langkah yang terbaik sebenarnya memandangkan pasukan juara treble itu sememangnya memerlukan seorang penyerang yang mempunyai kualiti serta pengalaman yang tinggi di atas padang.

Masa depan Khyrilk Muhymeen sama ada terus kekal di Kedah atau akan berhijrah ke Kelantan pasti akan terjawab apabila Tan Sri Annuar Musa selamat tiba dari tanah suci Mekah nanti. Yang pasti, cubalah dapatkan Khyril!

Jumaat, 26 Oktober 2012

Musim Perpindahan Liga Malaysia 2013 : Tiga Tonggak Utama The Red Warriors Berhijrah?

Kelantan FA Juara Era Piala Malaysia 2012.
Tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan Kelantan sebagai Juara treble musim 2012 telah mengangkat beberapa nama besar pemain The Red Warriors untuk diintai oleh beberapa pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia musim 2013 kelak. Baik dari bahagian pertahanan hinggalah ke bahagian serangan The Red Warriors kini mula mendapat perhatian ramai sehingga ada dalam kalangan pemain Kelantan mendapat tawaran untuk mewakili beberapa pasukan yang mula meningkat naik. Terbaru, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dikatakan sanggup membelanjakan kira-kira RM 5 juta untuk mendapatkan pemain yang tertaraf bintang bagi menguatkan barisan pasukan Johor FA. 


DAUDSU JAMALUDDIN
Dausu (kanan) kini dalam dilema.
Ketangkasan bekas pertahanan skuad kebangsaan, Daudsu Jamaluddin kini kembali menarik minat beberapa jurulatih pasukan dalam kancah Liga Malaysia. 

Apa yang pasti, corak permainan pemain yang berumur 27 tahun itu mirip corak permainan pemain pertahanan Sepanyol, Sergio Ramos yang sememangnya memiliki kebolehan untuk melakukan 'overlapping' yang begitu baik di samping kedua-dua pemain juga mampu bermain di pelbagai posisi pertahanan. 

Daudsu yang juga merupakan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan juga berkata dia tidak mahu memikirkan perkara itu buat seketika sebaliknya beliau ingin berehat bersama keluarga selepas para pemain Kelantan diberi cuti selama sebulan oleh KAFA. 

Dausu (kiri) antara pertahanan terbaik dalam Liga Malaysia musim ini.


Namun begitu, beliau tidak menolak kemungkinan bakal mempertimbangkan tawaran rasmi dari Johor FA. Jika Daudsu benar-benar ingin berhijrah bersama Johor FA, ini bermakna beliau akan kembali berkelana di sana setelah kali terakhir menyarung jersi pasukan yang juga dari selatan, Johor FC pada musim 2007/2008 lalu. Untuk rekod penampilan, beliau pernah beraksi 8 kali bersama Johor FC pada musim 2007/2008.


NURUL AZWAN ROYA

Azwan Roya (kanan) kini semakin mendapat perhatian banyak
kelab dari Liga Malaysia.


Kepantasan pemain sayap kiri The Red Warriors, Nurul Azwan Roya menjadikan setiap pemain pertahanan pihak lawan kadang kala tidak senang duduk. Meskipun saiz pemain ini agak kecil, namun, kepintaran beliau melakukan hantaran yang menyelirukan kerap kali menjadi senjata utama pemain yang lebih mesra dikenali dengan nama 'awe'. 

Tidak dapat dinafikan bahawa beliau turut diintai oleh Johor FA dan beliau dikatakan mendapat tawaran rasmi sebelum beliau membuat penampilan pada Final Piala Malaysia 2012 yang lalu. 

Azwan Roya (kanan) mempunyai larian yang cukup istimewa.


Bagaimanapun, Azwan Roya menegaskan beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu berpindah atau kekal bersama The Red Warriors. Beliau sedar bahawa kontrak beliau bersama The Red Warriors kini sudah menghampiri penghujungnya. 

Namun, pemain sayap kiri itu berkata, masih terlalu awal untuknya membuat keputusan dan akur perasaannya berbelah bagi sama ada menerima atau menolak tawaran itu. Bagi seseorang pemain, kepuasan dalam karier adalah lebih penting berbanding mendapatkan kemewahan yang pasti akan berakhir jua.


NORSHAHRUL IDLAN TALAHA

Norshahrul meraikan jaringannya dalam Final Era
Piala Malaysia 2012 lalu.
Pemain Terbaik Final Era Piala Malaysia 2012, Norshahrul Idlan Talaha turut dikhabarkan mendapat tawaran daripada beberapa kelab dari Liga tempatan. Antara yang berminat untuk mendapatkan beliau adalah Perak FA, Johor FA dan Terengganu FA. Namun begitu, The Red Warriors sudah pasti tidak akan membiarkan 'ayam tambatan'nya itu disambar oleh pasukan lain apatah lagi pada ketika ini prestasi pemain yang berumur 26 tahun itu sedang memuncak. 

Kejayaan Norshahrul meledakkan dua gol menarik dalam aksi Final Era Piala Malaysia 2012 lalu ternyata berjaya menutup mulut para pengkritik yang mendakwa beliau kini diambang kemerosotan karier. Pemain kelahiran Besut, Terengganu ini dikaitkan dengan Johor FA namun, sehingga hari ini belum terdapat tawaran rasmi yang dikemukakan oleh pihak Johor FA kepadanya. 

Norshahrul (kanan) dinobatkan sebagai Pemain Terbaik
Final Era Piala Malaysia 2012 lalu.


Menurut sumber yang boleh dipercayai, Norshahrul dijangka akan kekal menyarung jersi The Red Warriors untuk musim hadapan dan bakal menjadi sebahagian tonggak penting dalam misi mengekalkan kejuaraan pada musim ini.



Ahad, 1 Julai 2012

Matyo Perlu Bangkit Jika Ingin Pertahankan SuperMokh

Norshahrul Idlan Talaha sewaktu menerima anugerah
Supermokh musim 2011/2012.

Seandainya dilihat pada prestasi semasa penyerang prolifik The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha jelas sekali amat-amat membimbangkan baik kem Kelantan mahupun penyokong setia mereka yang sudah sekian lama menanti kebangkitan pemyerang kelahiran Besut itu. Ternyata masalah kecederaan yang dialami oleh Norshahrul memberi kesan yang begitu besar sehingga menganggu rentak persembahan beliau di atas padang. Walau bagaimanapun, Norshahrul kini dilihat cukup gigih untuk kembali memastikan kecergasan beliau berada pada tahap yang lebih baik. Sudah pasti kehebatan seseorang penyerang akan dinilai berdasarkan jumlah jaringan yang mampu disumbangkan kepada sesebuah pasukan.

Norshahrul Idlan Talaha kini masih gagal meledakkan gol
dalam beberapa perlawanan penting bersama The Red Warriors.


Norshahrul Idlan Talaha sepatutnya bersyukur kerana Jurulatih The Red Warriors, Bojan Hodak masih lagi memberi kepercayaan kepadanya untuk bermain dalam kesebelasan utama pada setiap kali The Red Warriors beraksi. Terbaru, Kemenangan tipis Kelantan keatas Selangor tempoh hari jelas sekali menampakkan kebuntuan Norshahrul Idlan melakukan penyudah dengan baik meskipun dihidangkan dengan beberapa peluang yang baik. Walau bagaimanapun, para penyokong setia The Red Warriors percaya bahawa pemain yang dikenali dengan nama samaran "Matyo" itu mampu bangkit daripada prestasi suramnya itu dan sekaligus beliau mempertahankan status beliau selaku "Pemain Paling Bernilai" dalam arena bolasepak Malaysia. 

Ghaddar dan Norshahrul antara gandingan yang mampu
memberi ancaman kepada mana-mana pasukan dalam kancah Liga M musim ini.


Apa yang perlu dilakukan oleh matyo ialah beliau perlu membentuk persefahaman yang baik dengan gandingan pemain import dari Lubnan, Muhamad Ghaddar agar jentera serangan The Red Warriors dapat berfungsi dengan baik. 

Rabu, 8 Jun 2011

Benam Terengganu 3-0, Berjaya Ledak 2 gol : Hadiah Istimewa Buat Matyo

Kejayaan membenam Terengganu dan menyumbat 2  gol daripada 3 gol yang dimiliki Kelantan ternyata satu kepuasan bagi pemain prolifik yang bernama Norshahrul Idlan Talaha. Bersempena hari jadi beliau pada  hari ini(8  Jun), Matyo sememangnya agak bertuah kerana berjaya untuk menjulang The Red Warriors kembali ke landasan terbaik  di samping beliau turut kembali selaku pendahulu senarai penjaring gol  terbanyak Liga Super 2011  dengan 16 gol  setakat  ini.
Skill berkualiti  yang dimiliki Norshahrul menjadikan
beliau antara penyerang terbaik Liga Super Musim ini.


“Saya berharap dapat meneruskan rentak cemerlang bagi mengharumkan nama pasukan Kelantan dalam Liga Super musim ini. Dua gol dijaringkan adalah hadiah bermakna kepada saya sendiri selain menyuntik semangat rakan untuk memburu impian menjuarai Liga Super musim ini.

Kejayaan meledakkan 2 gol di Kuala Terengganu
tempoh hari telah menjadikan koleksi golnya 16 gol
untuk mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Super.

“Tapi saya tetap menganggap dia (Abdul Hadi) adalah seorang penyerang yang hebat dan saya juga akan melakukan yang terbaik untuk pasukan ketika bertemu Terengganu dalam saingan final Piala FA nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.
Gandingan Norshahrul bersama Izuan juga sudah
mula  menampakkan hasil  yang lumayan musim ini.

Ketika ini, Norshahrul sememangnya berada prestasi terbaik untuk membantu The Red Warriors menjulang kejuaraan berganda musim ini. Walau bagaimanapun, tekanan ini tidak boleh diletakkan diatas bahu beliau sahaja sebaliknya Kelantan perlu bermain dalam satu pasukan yang mantap untuk  mencapai sesuatu kejayaan.

Sentuhan 'magik' Norshahrul sememangnya amat
diperlukan oleh The Red Warriors menjelang aksi
Final Piala FA pada sabtu ini.

Bagi Norshahrul, aksi  Final Piala FA pasti berbeza tempo dan corak permainan  kedua-dua pasukan namun, beliau yakin Kelantan mampu melakukan yang terbaik jika persefahaman yang mantap seperti aksi di Kuala Terengganu tempoh hari diteladani sebaik mungkin.

SELAMAT HARI JADI YANG  KE-25 KEPADA PENYERANG PROLIFIK THE RED WARRIORS, NORSHAHRUL IDLAN  TALAHA ....SEMOGA GOMO SOKMO!!
WE'RE RED...WE'RE WARRIORS!!

Sabtu, 23 April 2011

Norshahrul Tambah Koleksi Jaringannya Lagi

Kredit picture to:Wawan Faiz
Norshahrul buktikan bahawa beliau antara penyerang 
bolasepak Malaysia yang paling digeruni lawan 

Hebat!! Itulah pujian  yang boleh dilemparkan kepada penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul  Idlan Talaha setelah beliau sekali lagi muncul sebagai peledak dalam perlawanan malam  tadi. Norshahrul bermula dengan garang pada minit ke6 dan beliau hampir-hampir menghasilkan gol pertama Kelantan namun percubaan pertamanya hanya mampu singgah ke palang gol Perlis.

kredit picture to: Wawan Faiz
Norshahrul  meraikan jaringan bersama Daudsu dan Ramzul
setelah beliau berjaya membolosi gawang Perlis malam tadi

Berkat usaha Norshahrul dan rakan sepasukan, beliau akhirnya memecah kebuntuan hasil hantaran cantik pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang bijak dimanfaatkan Norshahrul untuk Kelantan mendahului 1-0. Ternyata semangat sepasukan memberi kelebihan buat pasukan Kelantan dan kepada Norshahrul sendiri.
Kini beliau mula mengumpul 11 gol daripada 14 perlawanan Liga Super setakat ini.

kredit picture to:Wawan Faiz
Norshahrul begitu lincah sehingga kerap mengelirukan
barisan pertahanan Perlis  pada perlawanan malam tadi.

Tumpuan Norshahrul Seterusnya pasti terarah pada pertemuan dengan Selangor di Kota Bharu pada  26 April ini. Andai dijadikan ukuran, Kelantan sedikit mempunyai kelebihan memandangkan mereka bakal bermain di gelanggang sendiri.

Kebangkitan prestasi Norshahrul selepas kemarau jaringan sebelum ini pastinya bakal menjadi taruhan terbaik The Red Warriors dalam memastikan Kelantan  memegang gelaran Juara Liga Super 2011..InsyaAllah....Aminn..

Khamis, 21 April 2011

Kelantan Kembali Bangkit



NORSHAHRUL (kanan) meledak dua gol untuk Kelantan pada
 aksi menentang Perlis kelmarin.

MENGHARUNGI dua perlawanan yang cukup mengecewakan terutama ketika tumpas di tangan pasukan Perak sebelum diikat Sabah di laman sendiri sehingga menimbulkan keresahan peminat pantas diubati oleh skuad The Red Warriors.
Lima gol yang diledak Kelantan ketika membenam cabaran Perlis di Stadium Utama, Kangar malam kelmarin membuktikan gergasi Pantai Timur itu masih berhasrat untuk memburu takhta Liga Super musim ini.
Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu menyifatkan kemenangan tersebut cukup bermakna buat pasukannya selepas mempamerkan aksi hambar dalam dua perlawanan sebelum ini selain bertindak sebagai tonik kebangkitan buat pasukannya pada pusingan kedua liga yang bermula esok.
Menurutnya, disiplin serta semangat untuk memenangi perlawanan adalah kunci utama kejayaan dan berharap momentum tersebut dapat diteruskan serta melupakan pengalaman pahit yang dilalui sebelum ini.
"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan apa yang telah ditunjukkan oleh pemain. Kemenangan ini amat berharga buat kita dalam usaha merapatkan kembali jurang mata dengan dua pasukan di tangga teratas liga.
"Aksi sebegini mesti diteruskan jika mahu meneruskan tekanan ke atas pencabar terdekat. Ini merupakan kemenangan kedua kita di tempat lawan selepas berjaya menumbangkan Selangor pada perlawanan Piala Sumbangsih awal Januari lalu," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, beliau tidak menolak faktor kehadiran semula tiga tonggak utamanya, Norshahrul Ildan Talaha, Daudsu Jamaluddin dan Mohd. Shakir Shaari membolehkan Kelantan beraksi pada tahap sebenar.
Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Mohd. Badri pada minit ke-46, 66 dan 78, serta dua gol Norshahrul Idlan minit ke-6 dan ke-43.

Selasa, 19 April 2011

Norshahrul Berazam Bantu Kelantan Menang Malam Ini


Penyerang prolifik The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha yang tidak dapat beraksi bersama rakan sepasukan ketika berdepan Sabah, akibat digantung satu perlawanan, meminta supaya penyokong tidak resah dengan pencapaian Kelantan ketika ini, kerana yakin pasukan itu masih mampu bersaing sehingga mencapai kedudukan terbaik.


Norshahrul berkata, Kelantan mempunyai peluang cerah untuk terus mengejar kedudukan tiga pasukan teratas Liga Super, iaitu Selangor, Perak dan Terengganu kerana jurang perbezaan mata tidak jauh dan akan berjuang berhabis-habisan untuk memastikan kemenangan dalam setiap perlawanan seterusnya, terutama ketika menentang Perlis di Stadium Utama Negeri, malam ini.

“Saya akan cuba melakukan seberapa banyak jaringan untuk memastikan kemenangan dalam setiap perlawanan dan apa yang lebih penting ialah untuk berada di tangga teratas Liga Super pada musim ini. “Bagi perlawanan dengan Perlis, kami perlu menang untuk kembali berada di tangga teratas liga dan gol awal begitu penting untuk menaikkan semangat,” katanya ketika pada sesi latihan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, semalam.


Selain itu, Norsharul meminta rakan sepasukan supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah tertekan selepas kegagalan Kelantan menyengat sewaktu berdepan Perak dan Sabah sebelum ini.

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu berkata, pemain pasukannya perlu bijak menggunakan peluang, sekali gus menjaringkan gol bagi mengurangkan tekanan dalam pemburuan tiga mata di tempat lawan.


Katanya, kesebelasan pemain utamanya sudah diberi tanggungjawab untuk bekerja keras bagi memastikan Kelantan tidak lagi kehilangan mata.

“Kegagalan pemain bukan saja menjejaskan minat penyokong, malah lebih bahaya jika turut memberi kesan kepada rentak permainan dan ini boleh menggugat kedudukan pasukan Kelantan.

“Pemain perlu lebih berhati-hati dan menjaga dengan lebih kemas setiap posisi yang dikawal bagi memastikan Kelantan mampu menghalang asakan jentera serangan Perlis yang pastinya mahukan kemenangan di tempat sendiri,” katanya.

Norshahrul Idlan Talaha Kembali Selepas 'Berehat'



The Red Warriors kembali lega apabila penyerang prolifiknya, Norshahrul Idlan Talaha dapat diturunkan pada malam ini selepas pemain itu dipaksa berehat akibat memungut tiga kad kuning tempoh hari. Kini dengan sekembalinya Norshahrul di posisi kegemarannya, Kelantan dilihat mempunyai sedikit kelebihan untuk memberikan saingan yang sengit kepada pasukan tuan rumah,Perlis.


Ketiadaan Norshahrul pada perlawanan tempoh hari ternyata memberi impak kepada sebahagian besar persembahan pasukan The Red Warriors yang memaksa Red Warriors berkongsi satu mata dengan Sabah.
Namun, dengan kembalinya Norshahrul dan juga rakan-rakan lain yang mengalami penggantungan dan kecederaan seperti Shakir dan Badri Radzi,pastinya Kelantan dilihat tidak bermasalah untuk menjana pergerakan terbaik pada malam ini.






Pada ketika ini Norshahrul berada pada prestasi yang cukup memuaskan meskipun pemain itu gagal meledakkan gol dalam beberapa perlawanan yang lepas. Mungkin dengan percaturan formasi 4-5-1 oleh jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu sedikit menjejaskan beliau untuk meledak gol untuk pasukan.


Jika difikirkan secara logik, formasi 4-5-1 pastinya memaksa seseorang penyerang 'kerja lebih' berbanding pemain lain terutama sekali apabila hanya seorang striker diletakkan di hadapan. Oleh sebab itulah ramai penyokong Kelantan mula resah dan tidak senang dengan taktikal tersebut. Sebenarnya ada lebih baiknya jika Kelantan mengekalkan taktikal B. Sathianathan yang menekankan basic formation 4-4-2.




Setakat 12 perlawanan liga Super, Norshahrul masih lagi mendahului senarai penjaring terbanyak dengan menjaringkan 7 gol setakat ini.Beliau pastinya ingin bangkit pada malam ini dan tidak mustahil seandainya beliau mampu melakukan 'magik' dalam perlawanan bertemu Perlis. Kelantan akui bahawa Perlis kini mula mempamerkan peningkatan daripada satu perlawanan ke satu perlawanan. Kemenangan Perlis ke atas Juara Piala FA 2010,Negeri Sembilan tempoh hari sudah cukup menggambarkan betapa Perlis mula memandang 'serius' dan mereka kini mula menunjukkan taring mereka.






Malam ini, dengan kembalinya dua pemain tengah Red Warriors, Shakir Shaari dan Badri Radzi dalam pasukan sedikit sebanyak mampu membantu Norshahrul untuk menghasilkan jaringan.. Biar pun jaringkan satu gol, asalkan jaringan tersebut mampu menjulang tiga mata ke Kota Bharu.




SELAMAT MAJU JAYA THE RED WARRIORS!

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...