Rakan VVIP Laman PFKE.com

Berita Yang Masih Panas..

Gomo Kelate Gomo!

Jumaat, 11 November 2011

Super Warriors 2012 : Berbisa Lagikah 'Zidane Malaysia'?

'Zidane Malaysia' kini kembali menyarung jersi The Red Warriors musim depan dan pastinya spekulasi yang mengaitkannya dengan Negeri Sembilan sebenarnya adalah tidak berasas. Indra merupakan antara pemain yang cukup berpengalaman dan mempunyai skill yang bermutu tinggi sepertimana dua rakan seperjuangannya iaitu Hairuddin Omar dan Akmal Rizal Rakhli. Meskipun Indra terus dimamah usia namun khidmatnya masih ditagih oleh beberapa pasukan bolasepak dalam kancah Liga M.

Indra Putra Mahayudin tidak pernah mengecewakan pasukan yang diwakilinya sejak dari penyertaannya dengan Perak lagi. Selepas mencapai kejayaan bersama Perak, beliau terus bergerak maju dengan menandatangani kontrak bersama Gergasi Merah selama beberapa tahun sehingga Selangor muncul sebagai sebuah pasukan Liga Malaysia yang digeruni sekitar musim 2006 hingga 2008.

Menyedari khidmatnya seolah-olah tidak ditagih lagi oleh jurulatih Selangor pada ketika itu, Dollah Salleh, Indra akhirnya mencetuskan gimik baru dalam arena bolasepak negeri Kelantan yang pada ketika itu amat memerlukan beberapa pemain yang cukup berpengalaman untuk mengharungi saingan Liga Super pada musim 2009.

Indra merupakan antara tonggak penting
The Red Warriors pada dua musim sebelum ini.


Kelantan cukup bertuah kerana berjaya mara ke Final Piala FA buat pertama kali setelah sekian lama tersekat di Semi-Final sahaja sebelumnya. Daripada bergelar pemain 'luar' pada tahun 2009, akhirnya musim 2010 menyaksikan Indra Putra diberi kepercayaan sebagai kapten The Red Warriors setelah Badri Radzi mengalami kecederaan pada akhir musim 2009.

Indra sewaktu menjulang Piala Malaysia musim 2010/2011

Berkat usaha sepasukan dan semangat kepimpinan yang ditunjukkan oleh Indra Putra, Kelantan berjaya menjuarai Piala Malaysia 2010 dan bergelar selaku Naib Juara Liga Super 2010. Populariti 'Zidane Malaysia' itu ternyata cukup memuncak pada ketika itu sehinggalah terdapat beberapa pasukan handalan Liga Malaysia seperti Kedah, Negeri Sembilan dan T-Team inginlah khidmat pemain yang berumur 30 tahun itu. Tanpa berfikir panjang, Indra melengkapkan perpindahan 'kontroversinya' ke T-Team dan ternyata keputusan Zidane M'sia itu mencetuskan kemarahan ratusan ribu penyokong setia The Red Warriors yang sebelum ini sangat mengagumi disiplin dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh Zidane M'sia itu.

T-Team menjadi antara empat pasukan terbaik Piala Malaysia
musim ini adalah hasil kepimpinan yang ditunjukkan Indra Putra.

Sepanjang mengemudi jentera tengah T-Team musim ini, Indra berjaya memimpin T-Team untuk menewaskan dua pasukan gergasi Liga M iaitu Kelantan dan Selangor. Kedua-dua pasukan gergasi tersebut tewas dua kali berturut-turut kepada pasukan yang diwakili Indra Putra dan ianya merupakan satu kejayaan besar bagi pasukan T-Team dan dirinya.

Bagaimana pula musim 2012? Mampukah Indra membimbing 'Super Warriors' agar mampu menggondol kesemua kejuaraan yang dipertandingkan pada musim hadapan? Mampukah Indra Putra mahyuddin menamatkan 'badi' kekalahan The Red Warriors pada musim depan dalam Final FA Cup?
Sama-sama kita doakan agar Super Warriors 2012 mencapai kejayaan yang gemilang seperti bergelar Juara Liga Super dan Piala Sumbangsih musim ini.. Aminn..

Khamis, 10 November 2011

Super Warriors 2012 (Bahagian Satu : Indra Putra M)

Khidmat tiga pemain ini pastinya bakal menambahkan lagi semangat
skuad Kelantan menjelang kancah Liga M musim 2012 dan AFC Cup 2012.

Ternyata The Red Warriors bijak berbelanja sewaktu pintu Transfer Liga M kini sedang luas dibuka. Mungkin ramai yang berangggapan bahawa The Red Warriors bakal berbelanja besar untuk memancing lebih ramai pemain bertaraf bintang ke 'Old Trafford Malaysia' itu. 

Tindakan bijak Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dengan mendapatkan beberapa pemain berpengalaman dan ternama kali ini ternyata tidak dijangka oleh para penyokong setia The Red Warriors. Sebelum ini kononnya Safiq Rahim, Amirul Hadi dan Aidil Zafuan dikaitkan dengan evolusi 'Super Warriors' 2012 yang digagaskan oleh Presiden KAFA. Sebaliknya, Kelantan dilihat agak berbelanja besar dalam membawa seberapa ramai awang import yang berkualiti ke dalam skuad.

Indra antara pemain terbaru yang diserapkan ke dalam
skuad Super warriors musim depan.

Dengan kembalinya bekas kapten The Red Warriors musim 2009-2010, Indra Putra Mahyudin ke dalam skuad utama Kelantan, bahagian tengah pasti bakal sedikit 'berkuasa' di samping bantuan kapten TRW pada ketika ini, Badri Radzi. Watak Indra sebagai pengantara di tengah padang sememangnya digeruni serta dihormati lawan seperti mana yang dilakukannya ketika mewakili T-Team musim ini. Indra juga merupakan watak penting kepada kekalahan dua kali berturut-turut Kelantan kepada T-Team musim ini dan kini Indra sudah menjadi milik Kelantan.

Indra kembali bergandingan dengan Badri Radzi
dalam skuad utama Super Warriors musim depan.

Persoalan kini, siapakah kapten musim hadapan? Adakah Piya sudah bersedia menyerahkan 'arm-band' lilitan KAPTEN kepada bekas kapten itu? Adakah Indra menjadi pilihan Butler sebagai ketua pasukan Super Warriors 2012?  Nantikan sambungannya ..

Ahad, 6 November 2011

Jersi The Super Warriors 2012?



Credit Pic : Megat Marzuqi

The Red Warriors sememangnya tidak asing dengan jersi baru apabila setiap kali musim baru bakal bermula. Begitulah juga bagi menghadapi musim depan yang penuh dengan liku cabaran yang bukan sahaja secara domestik malah The Red Warriors bakal beraksi buat julung kalinya di pentas antarabangsa iaitu dalam saingan Piala AFC.

Dengan Kelantan bakal diperkuatkan dengan beberapa tenaga baru dalam skuad, The Red Warriors juga dijangka bakal mencorakkan jersi keramat mereka dengan penuh bergaya apabila dikhabarkan bintang bakal ditambah di logo kijang yang sekaligus menyaksikan Kelantan memiliki dua bintang yang dilihat seolah-olah pasukan kebangsaan Jerman.

Credit Pic : FB Kelantan The Red Warriors 2011


Jika harga jersi musim ini sekitar RM 70 bagi jersi yang original standard, musim depan mungkin bakal menyaksikan harga sedikit mahal memandangkan jenis kain serta materialnya yang lebih berkualiti. Penaja utama The Red Warriors iaitu syarikat pakaian sukan bertaraf dunia, UMBRO bersetuju untuk meneruskan penajaan keatas The Red Warriors berdasarkan pencapaian yang membanggakan pasukan Kijang itu sepanjang musim ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...