Memaparkan catatan dengan label EPL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label EPL. Papar semua catatan

Khamis, 21 April 2011

Ancelotti masih berharap




TORRES akan menemui sentuhan gol dalam baki enam perlawanan terakhir Liga Perdana England musim ini.
LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti yakin Fernando Torres akan menjaringkan gol untuk skuad The Blues sebelum saingan Liga Perdana England musim ini berakhir.
Torres telah melalui tempoh 871 minit tanpa meledakkan gol untuk kelab dan skuad kebangsaan Sepanyol.
Situasi itu telah menyebabkan agensi pertarungan membuat ramalan ke atas Torres yang akan menamatkan kemarau gol itu sebelum kempen musim ini tamat.
Bagaimanapun, Ancelotti yakin Torres akan membalas kepercayaan itu dalam baki enam perlawanan terakhir musim ini.
"Dia (Torres) akan menjaringkan gol," kata Ancelotti mengenai Torres yang dikeluarkan pada minit kelapan ketika menang 3-1 ke atas West Bromwich, Sabtu lalu.
"Dia akan menjaringkan gol sekiranya bermain.
"Sungguh sukar untuk mengubah pasukan yang bermain dengan baik ketika menentang West Bromwich, bukan hanya keputusan dan persembahan. Mereka melakukannya dengan baik."
Ancelotti menegaskan, dia dan barisan kejurulatihan pasukan itu tidak menggunakan sebarang kaedah istimewa untuk membantu Torres menjaringkan gol.
"Kami bekerja sama dengan dia (Torres) sama seperti penyerang yang lain. Dia berlatih untuk menjaringkan gol tetapi tidak ada perbezaan dengan pemain lain.
"Saya fikir, dia mahu menjaringkan gol dan dia tidak gembira dengan alasan ini. Saya mahu melihat para pemain saya gembira setiap masa dan bermain dengan penuh yakin.
"Ia bukan saat yang baik buat Torres tetapi saya mahu melakukan yang terbaik untuk membantunya." 
sumber : Agensi

Fergie DiKritik Hebat




HERNANDEZ (kiri) dituduh berlakon selepas dikasari oleh Danny Simpson pada aksi Liga Perdana England awal pagi semalam.

LONDON - Alex Ferguson berang selepas Manchester United tidak dihadiahkan sepakan penalti ketika seri tanpa jaringan dengan Newcastle United pada aksi Liga Perdana England awal pagi semalam.

Keputusan tersebut memberi peluang kepada Arsenal untuk kembali dalam perebutan gelaran liga musim ini.
Pengurus skuad The Red Devils itu menjelaskan, pasukan itu sepatutnya dihadiahkan penalti selepas Danny Simpson menjatuhkan Javier Hernandez dalam kotak penalti.
Sebaliknya, pengadil, Lee Probert menghukum Hernandez dengan kad kuning atas alasan sengaja menjatuhkan badan, sekali gus mencetuskan kemarahan Ferguson.
"Ia sepatutnya sepakan penalti," jelas Ferguson.
"Saya sendiri melihatnya dan jelas sekali ada sentuhan di antara mereka.
"Pengadil juga membuat keputusan yang teruk dengan melayangkan kad kuning kepada pemain. Jika dia enggan memberi penalti tidak mengapa tetapi kad kuning itu adalah satu keputusan yang memalukan."
Begitupun, Ferguson yang menjalani hukuman penggantungan di tempat penonton gembira dengan reaksi anak-anak buahnya yang tewas 0-1 kepada Manchester City pada separuh akhir Piala FA.
"Saya yakin kami semakin baik sekarang," kata Ferguson.
"Kami memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi masih belum cukup untuk menembusi gawang mereka." 
Sumber :- Agensi

Isnin, 18 April 2011

Wilshere named best young player




Arsenal midfielder Jack Wilshere was named the Professional Footballers' Association Young Player of the Year on Sunday.
Arsenal midfielder Jack Wilshere was named the Professional Footballers' Association Young Player of the Year on Sunday.
Wilshere, 19, edged second-placed Gareth Bale - who won the Player of the Year award - for the gong, while Manchester United's Javier Hernandez was third.
In other awards, World Cup final referee Howard Webb won the PFA Merit award, while his long-term assistants Darren Cann and Mike Mullarkey were also recognised.
Wilshere has become a first-team regular at Arsenal this season and his terrific form at club level saw him make his full England debut in February against Denmark.
''It is my first full season and it is a massive award, especially from my fellow players. It is amazing," Wilshere said.
''I am very proud to be the fifth recipient from Arsenal, it is good to keep this history going."
"Arsenal is a good club for bringing youngsters through and they keep proving it so I would like to thank the manager as well.''
He also said he was surprised when told he had won the award and hopes his side can manage to win a trophy this season, although Sunday's 1-1 draw with Liverpool leaves the Gunners six points behind league leaders Manchester United.
''I am a bit surprised," he said.
''I always knew I could do but still it was a surprise how early it came. I am delighted just to be in the team to win an award, so I have to keep it up now and hopefully we can win something this year.''
Webb was honoured to receive his award, especially as it came from the players.
''It came as a bit of a surprise really,'' Webb said.
''It certainly is an honour to be recognised by such an esteemed body as the Professional Footballers' Association. It means an awful lot."
''It is nice that the playing side of the game has taken this opportunity to mark what happened with us last year, the two finals that we did and I am very proud of that fact.''

Selasa, 12 April 2011

Info@EPL : Mark Hughes Akui Kewibawaan Red Devils Musim Ini




MANCHESTER: Mark Hughes yakin bekas kelabnya, Manchester United mampu untuk merangkul tiga gelaran selepas menyaksikan pasukan bimbingannya Fulham tewas 0-2 kepada pasukan itu di Old Trafford, Sabtu lalu.

Gol dijaringkan Dimitar Berbatov dan Antonio Valencia menyaksikan United berdepan tugas mudah ketika menentang Fulham sebelum memulakan minggu penting bermula dengan aksi suku akhir Liga Juara-Juara menentang Chelsea, awal pagi esok dan pertembungan separuh akhir Piala FA menentang Manchester City.


“Mereka mampu menang semuanya,” kata Hughes.

“Mereka bijak mengawal perlawanan dan apabila berada di peringkat ini mereka sudah mencapainya dan tahu apa yang berlaku dan apa yang boleh dibuat,” katanya.


Namun, pengurus United, Alex Ferguson tidak bangga dengan kemenangan itu.


“Itu hasilnya tapi saya tidak rasakan ia perlawanan yang bagus. Kami agak keletihan,” katanya. - Agensi

Info@EPL : Wenger Kini Kembali Tersenyum




BLACKPOOL: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan pasukan itu kembali ke prestasi sebenar selepas mempamerkan aksi buruk untuk bangkit memberikan cabaran dalam pemburuan gelaran liga apabila menang 3-1 ke atas Blackpool, kelmarin.

Hujung Februari lalu, barisan anak buah Wenger berpeluang merebut empat gelaran namun tewas pada perlawanan akhir Piala Liga kepada Birmingham, terkeluar daripada saingan Piala FA dan Liga Juara-Juara sementara harapan untuk merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris semakin tipis apabila sekadar mencatatkan tiga keputusan seri.


Wenger mengakui apa yang berlaku meninggalkan kesan mendalam kepada barisan pemainnya namun kemenangan Ahad lalu di Bloomfield Road menunjukkan mereka masih berpeluang memburu gelaran liga.

Jaringan Abou Diaby, Emmanuel Eboue dan Robin van Persie membantu Arsenal merapat jurang tujuh mata dengan Manchester United selain turut mempunyai kelebihan satu perlawanan selain bakal bertemu skuad Alex Ferguson di Stadium Emirates, Mei ini.


“Ia sangat mengecewakan. Anda melalui tempoh menyedihkan dan kemudiannya perlu bangkit untuk membuktikan kepada semua anda mempunyai kekuatan mental untuk terus memberi saingan. Pemain melakukan tugas mereka dengan amat baik.


“Biarpun hanya tiga mata, ia menghidupkan peluang. Kami perlu berjanji memberi peluang kepada diri sendiri sehingga tamat musim.

“Masih ada tujuh perlawanan. Ia satu tempoh panjang,” katanya.


Wenger turut memuji penjaga gol Jerman, Jens Lehmann yang membuat penampilan buat pertama kali dalam tempoh 11 bulan.

Lehmann, 41, kembali daripada persaraan Mac lalu untuk membantu bekas kelab itu ketika Wojciech Szczesny mengalami kecederaan jari sewaktu menentang Barcelona.


Selepas penjaga gol utama Manuel Almunia terpaksa direhatkan kerana kecederaan lutut ketika memanaskan badan di Bloomfield Road, Lehmann dipanggil semula mengisi kekosongan itu buat pertama kali selepas meninggalkan Stuttgart, Mei tahun lalu. - AFP

Info@EPL : Arsenal Kini Sudah Dijual




LONDON: Arsenal muncul pasukan terbaru Inggeris jatuh ke tangan kuasa asing semalam apabila ahli perniagaan sukan Amerika Syarikat, Stan Kroenke menguasai saham kelab itu.

Perjanjian bernilai kira-kira �731 juta (RM3.6 bilion) itu diumum kelab utara London itu.
Kroenke yang suka berahsia itu, cuba menguasai saham kelab itu sejak empat tahun lalu mengambil alih dengan membeli dua daripada saham terbesar.

“Arsenal hebat dan kami harap memantapkan serta mencipta sejarah baru buat kelab ini,” katanya. - AFP

Info@EPL : Benayoun Akui Peluang Chelsea Semakin Tipis




MANCHESTER: Yossi Benayoun (gambar) mengakui kempen Chelsea musim ini akan berakhir jika tersingkir pada suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Manchester United, awal pagi esok.

Namun pemain tengah Israel itu berkata, beraksi di Old Trafford akan memberi inspirasi kepada Blues untuk melangkah ke pentas final di Wembley.


Chelsea perlu mengubah nasib mereka selepas tewas 0-1 pada suku akhir pertama untuk menghidupkan harapan mereka meraih sekurang-kurangnya satu trofi kejuaraan musim ini.

Sejarah menceritakan segala-galanya dengan United tidak pernah tewas pada saingan Liga Juara-Juara selepas memenangi perlawanan pertama di tempat lawan.


Selain daripada itu, hanya dua pasukan pernah bangkit pada saingan Liga Juara-Juara selepas tewas pada pertemuan pertama di tempat sendiri.


Dengan Chelsea ketinggalan 11 mata di belakang United pada saingan Liga Perdana Inggeris, Benayoun sedar kempen mereka akan berakhir awal pagi esok andai tumpas.

“Setiap orang tahu kami akan turun beraksi untuk menyelamatkan nasib kami musim ini. Peluang yang ada hanyalah untuk memenangi trofi dan satu-satunya peluang kami adalah menerusi trofi Liga Juara-Juara. Kami perlu melakukannya sebaik mungkin,” katanya. - Agensi

Info@EPL : Crouch Sedih Mengenangkan Kad Merah Tempoh Hari




LONDON: Penyerang Tottenham, Peter Crouch mengakui kad merah yang diterima ketika menentang Real Madrid adalah detik terburuk dalam kariernya.

Crouch dibuang padang 15 minit selepas permainan bermula kerana kesalahan melakukan dua kekasaran yang tidak sepatutnya ketika Tottenham beraksi pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Bernabeu.


Ketiadaan pemain antarabangsa England itu menjadi antara punca kekalahan teruk 0-4 Tottenham, sekali gus menyaksikan peluang mereka tipis untuk melepasi halangan kedua di White Hart Lane, awal pagi Khamis ini.

Crouch, bekas bintang Liverpool dan Portsmouth mengakui insiden kad merah di bandar raya Sepanyol itu adalah yang terburuk dalam kariernya selama 13 tahun.


“Ia pengalaman paling teruk yang pernah saya alami kerana perlawanan itu sangat penting. Ia perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara di Bernabeu menentang Real Madrid.


“Saya menyaksikan perlawanan dalam salah satu bilik pengadil bersama Rafa (van der Vaart) yang dikeluarkan pada babak pertama. Ia amat mengecewakan. Saya berasa seperti penyebab setiap gol yang kami bolos,” kata Crouch. - AFP

Info@EPL : Carrick Masih Merendah Diri




MANCHESTER: Michael Carrick enggan terlalu yakin menyatakan Manchester United kini tinggal hanya selangkah saja untuk meraih tiket ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara.

United akan melayan kunjungan Chelsea di Old Trafford awal pagi esok dengan menyedari mereka perlu mengelakkan kekalahan dalam usaha melangkah ke separuh akhir di mana kemungkinan besar akan bertemu Schalke 04 pada saingan empat pasukan terbaik itu.


Ia adalah tugas yang jelas perlu dilaksanakan oleh pasukan yang tidak pernah tewas pada 11 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara dan hanya mencicirkan dua mata di Old Trafford iaitu ketika bertemu West Brom, Oktober tahun lalu.

Begitupun, Carrick berwaspada ulangan kemenangan 2-1 Chelsea pada saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford tahun lalu mampu menyaksikan kelab itu melangkah ke saingan seterusnya.


“Kami tidak boleh menyatakan perlawanan ini sudah berakhir. Mungkin orang lain menganggap kami mempunyai keyakinan tinggi tapi saya serta rakan sepasukan tidak mahu terbawa-bawa dengan pandangan ini.


“Kami menghormati Chelsea. Hanya tahun lalu mereka menewaskan kami di Old Trafford pada saingan liga dan andai dapat mengulangi kejayaan sama kali ini, pasti kami akan tersingkir.

“Kami berada pada situasi terbaik tapi apabila berlangsung perlawanan Selasa ini (awal pagi esok), kami perlu membuktikan kemampuan sebenar,” katanya. - Agensi

Isnin, 17 Januari 2011

Liverpool Masih Buntu.


LIVERPOOL - Kenny Dalg- lish masih gagal menjelmakan kemenangan pertama buat Liverpool apabila anak buahnya hanya mampu seri 2-2 dengan jiran setempat, Everton pada perlawanan Liga Perdana England di Anfield semalam.
Walaupun mendahului hasil permainan meyakinkan di babak pertama menerusi jaringan Raul Meire- les pada minit ke-29, Liverpool tiba-tiba dikejutkan dengan kebangkitan mendadak Everton di babak kedua.
Dengan hanya memerlukan tidak sampai seminit sebaik permainan bersambung untuk menyamakan kedudukan menerusi Sylvian Distin pada minit ke-46, Everton terus mendapat semangat baru apabila memperoleh gol kedua menerusi Jermaine Beckford (52).
Gol tersebut membuatkan Liverpool tersentak seketika sebelum berjaya mengikat semula kedudukan hasil sepakan penalti Dirk Kuyt pada minit ke-68.

Pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas penjaga gol Everton, Tim Howard mengasari Maxi Rodriguez di dalam kotak penalti.
Ini merupakan keputusan seri pertama buat Dalglish sejak mengambil alih jawatan sebagai pengendali dari- pada Roy Hogdson minggu lalu.
Sebelum ini, Liverpool di bawah 'King Kenny' tewas dua kali. Pertama tewas 0-1 kepada Manchester United dalam saingan ketiga Piala FA dan 1-2 ketika berkunjung ke Blackpool, Rabu lalu.
Sementara itu, jaringan penyamaan masa kecederaan Asamoah Gyan membantu Sunderland mengikat Newcastle 1-1.

Newcastle mendahului Sunderland pada pertemuan di Stadium of Light itu menerusi jaringan Kevin Nolan pada minit ke-52.
Begitupun, Gyan muncul penyelamat apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan berpunca daripada kesi- lapan penjaga gol Newcastle, Steve Harper untuk mengikat kedudukan 1-1.
Dalam satu lagi perlawanan, Birmingham dan Aston Villa sekadar seri 1-1. - Agensi

Ahad, 16 Januari 2011

Dalglish Minta Pemain Bertenang.

(Pertembungan Liverpool-Everton sering menjadi tumpuan)

LIVERPOOL: Kenny Dalglish (gambar) meminta Liverpool menganggap pertembungan jiran setempat Merseyside hari ini sebagai satu perlawanan biasa ketika beliau bersedia untuk disambut secara penuh emosi di Anfield.
Dalglish kembali memegang teraju sebagai pengurus di Anfield berikutan pemergian Roy Hodgson minggu lalu, hampir 19 tahun selepas kali terakhir beliau mengendalikan Liverpool.

Kemunculan semulanya di Anfield adalah menentang pencabar setempat Everton dalam perlawanan sejiran Merseyside buat kali ke-215.

Selain kembalinya Dalglish dan kemegahan peminat tempatan, kedua-dua pasukan juga terdesak untuk mencatat kemenangan bagi mengelakkan diri daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.
 
(Dalglish terus tercari-cari rentak kemenangan Liverpool Musim ini)

The Reds menghuni tangga ke-13 dengan hanya 25 mata, empat mata di atas zon penyingkiran dan ia adalah statistik yang membimbangkan Dalglish.

“Kemenangan pada perlawanan jiran setempat ini akan memberikan mereka, penyokong Liverpool dan setiap orang satu kegembiraan, tapi hanya memberikan kami tiga mata,” katanya.

Wenger Terus Cari Pemain 'Tambahan'.

LONDON - Arsene Wenger (gambar) hanya berminat mendapatkan pemain untuk jangka masa pendek pada musim perpindahan pemain bulan ini.
Tindakan tersebut adalah sebagai langkah untuk mengatasi krisis kecederaan yang dialami The Gunners ketika ini khususnya di bahagian pertahanan.

Buruan utama pengurus Arsenal itu ialah Gary Cahill, namun pengurus Bolton, Owen Coyle menegaskan dia tidak akan melepaskan pemain tersebut.
Keputusan Coyle itu memaksa Arsenal untuk kembali semula kepada usaha mendapatkan pertahanan West Ham, Matthew Upson.


Wenger mengakui dia hanya mahu seorang pertahanan yang berkualiti dengan tawaran kontrak jangka masa pendek.
Ditanya sama ada dia perlu membeli pemain baru untuk menyelesaikan masalahnya, Wenger berkata: "Perancangan saya hanyalah untuk jangka masa pendek.
"Kami mempunyai banyak lagi perlawanan untuk diharungi. Jika pemain kami terus berdepan dengan kecederaan, ia akan memberi banyak masalah kepada pasukan." - Agensi

Sabtu, 15 Januari 2011

Chelsea Tempang Tanpa Lampard.


LONDON: Chelsea mahu mengembalikan cabaran mempertahankan gelaran EPL kembali ke landasan hari ini apabila berdepan Blackburn Rovers di Stamford Bridge.

Pengurus Blues, Carlo Ancelotti semakin menerima tekanan untuk menghalang kemerosotan kelab itu akibat rentetan keputusan buruk.

Kekalahan 1-0 kepada Wolverhampton Wanderers pada perlawanan terakhir liga bukan petanda bahawa masalah mereka akan berakhir.
Frank Lampard adalah penting kepada taktik Chelsea dan 20 jaringannya ke atas setiap musim juga begitu penting.

Tiada keraguan juara Piala FA itu merindukan pengaruh Lampard tatkala pemain tengah England itu baru pulih daripada pembedahan hernia.

Pembedahan itu dijangka mengenepikannya daripada beraksi buat beberapa minggu, tetapi pemain 32 tahun itu mempercepatkan tempoh pemulihannya hingga mencetuskan lebih banyak masalah.

Kesannya, dia kini dilanda kecederaan tendon pada tulang kakinya dan memerlukan rawatan intensif untuk memastikan ia tidak melarat tetapi Lampard yakin rehat tiga setengah bulan akan membolehkannya kembali cergas pada akhir musim.
Sebenarnya bukan masalah besar. Saya perlu melakukan dua atau tiga sesi tambahan di gim untuk memperkuatkannya semula. Saya jangkakan ia akan berlanjutan beberapa minggu dan apabila menemui pakar, dia memberitahu ia memerlukan rehat tiga bulan. Memang mengecewakan apabila tidak dapat bermain dan terpaksa berlatih sendirian. AFP

Khamis, 13 Januari 2011

Ego Arsenal dikejutkan kegigihan aksi Ipswich Town.


 Impian Arsenal untuk memenangi trofi pertama sejak 2005 tercalar apabila pasukan Championship, Ipswich Town, menewaskannya 1-0 di Portman Road pagi ini dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Liga.

Gol pada minit ke-78 oleh penyerang Tamas Priskin memberikan pasukan tuan rumah kemenangan berharga walaupun pasukan Liga Perdana itu masih dianggap pilihan untuk menang pada perlawanan kedua di Stadium Emirates pafa 25 Januari ini. - AFP

David Backham mula berlatih bersama Spurs.

David Beckham menjalani latihan buat pertama kali semalam, ketika bos Spurs Harry Redknapp menyatakan harapan supaya perjanjian pinjaman pemain tengah itu akan dipersetujui.
Bekas ketua pasukan England itu tersenyum sambil berjenaka dengan para pemain Spurs yang mengadakan latihan ringan di padang latihan kelab itu di Essex.

Redknapp berkata, Spurs masih berharap pemain tengah Los Angeles itu dapat menandatangani perjanjian jangka pendek sebelum pulang ke AS untuk permulaan Liga Bola Sepak Utama (MLS) Mac ini.
"Tiada apa-apa buat masa ini, tetapi kita akan lihat apa akan berlaku, siapa tahu? "Saya tidak berunding dengan pasukan Beckham, tetapi adalah bagus kerana dia sudah berada di sini.
"David adalah pemain terkemuka, pemain yang menakjubkan.



"Semua orang menghormati David, jadi adalah baik kerana dia bersama kami hari ini,'' kata Redknapp kepada Sky Sports News.
Sementara itu, pembantu Redknapp, Joe Jordan memberitahu Radio BBC, kehadiran Beckham ke bilik persalinan Spurs mampu menjadi pengaruh positif ketika kelab itu bakal berdepan cabaran dalam Liga Juara-Juara dan Liga Perdana.

"David kaya dengan pengalaman dan tidak kira sebaik mana anda beraksi, apabila memasuki babak kedua musim dan anda beraksi dalam Liga Juara-Juara dan Liga Perdana, di mana ia agak baru bagi kami, saya rasa anda perlukan sedikit suntikan semangat.

"Dengan meletakkan ia di bilik persalinan anda, sama ada dia beraksi atau tidak, ia penting dan jika kami bertuah, mungkin kami mendapat khidmat David Beckham menerusi perjanjian jangka pendek,'' katanya. - AFP

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...