Ahad, 16 Januari 2011

Wenger Terus Cari Pemain 'Tambahan'.

LONDON - Arsene Wenger (gambar) hanya berminat mendapatkan pemain untuk jangka masa pendek pada musim perpindahan pemain bulan ini.
Tindakan tersebut adalah sebagai langkah untuk mengatasi krisis kecederaan yang dialami The Gunners ketika ini khususnya di bahagian pertahanan.

Buruan utama pengurus Arsenal itu ialah Gary Cahill, namun pengurus Bolton, Owen Coyle menegaskan dia tidak akan melepaskan pemain tersebut.
Keputusan Coyle itu memaksa Arsenal untuk kembali semula kepada usaha mendapatkan pertahanan West Ham, Matthew Upson.


Wenger mengakui dia hanya mahu seorang pertahanan yang berkualiti dengan tawaran kontrak jangka masa pendek.
Ditanya sama ada dia perlu membeli pemain baru untuk menyelesaikan masalahnya, Wenger berkata: "Perancangan saya hanyalah untuk jangka masa pendek.
"Kami mempunyai banyak lagi perlawanan untuk diharungi. Jika pemain kami terus berdepan dengan kecederaan, ia akan memberi banyak masalah kepada pasukan." - Agensi

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...