Khamis, 13 Januari 2011

29 Januari ini penentu langkah awal Red Warriors.



Kepimpinan dua kapten pasukan dalam dua pasukan gergasi bolasepak Malaysia bakal diuji dalam saingan merebut Piala Sumbangsih 2011 pada 29 Januari ini. Yang pastinya, Badri Radzi atau lebih mesra dalam kalangan para penyokong Red Warriors dengan panggilan Piya tidak mahu dikecewakan oleh Selangor seperti yang dilakukan pada Final Piala FA 2009 yang lalu.

Sebaliknya, Piya optimis untuk mengekalkan aksi cemerlang musim lalu sewatu menundukkan Red Giants dengan jaringan 3-0 pada perlawanan Separuh akhir Piala Malaysia. Namun begitu, beberapa pemain baru yang diserap ke Red Warriors masih belum menampakkan taring sebenar mereka. Dalam perlawanan sebelum ini, Red Warriors telah kecundang kepada Harimau Muda A 4-1,Sarawak 2-1,Felda United 4-1.

Pada perlawanan menentang Pulau Pinang beberapa hari yang lalu pula menampakkan peningkatan serta kematangan jentera pertahanan menangkis asakan pihak lawan. Perlawanan itu berkesudahan seri 1-1 yang menyaksikan gol kelantan dijaringkan oleh Nizad Ayub.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...