Sabtu, 15 Januari 2011

Perlawanan Persahabatan Kedah-Kelantan 15 januari.


Pada 15 Januari 2011 akan menjadi detik pertemuan di antara Sang Kenari,Kedah Darul Aman menerima kunjungan The Red Warriors, Kelantan Darul Naim di Stadium Darul Aman, Kedah. Yang pastinya, pertemuan ini bakal menguji sejauhmanakah kedua-dua pasukan mempersiapkan pasukan masing-masing bagi menghadapi saingan kancah Liga M yang akan bermula tidak lama lagi.


Bagi Skuad Kedah, mereka dikuatkan dengan beberapa muka baru seperti pemain kebangsaan negara yang telah menjulang trofi AFF Suzuki 2010, Amar Rohidan bagi memastikan pasukan Sang Kenari itu mampu mencabar pasukan terkuat yang lain untuk merebut takhta kejuaraan yang sebelum ini dimiliki Red Giants, Selangor.Dengan mengenakan jersi baru yang bertemakan tahun kegemilangan sewaktu mereka menjulang pasukannya itu 3 piala dalam beberapa tahun berturut-turut.


Skuad Kelantan pula dikuatkan dengan 9 muka baru musim 2011. Antaranya ialah Kapten pasukan Johor FC musim lalu,Wan Rohaimi Wan Ismail, Pemain pertahanan KL Plus, Aziz Ismail, Bekas Penyerang utama Johor FC,Azwan Roya dan lain-lain lagi. Yang paling menarik musim ini dalam Skuad Red Warriors ialah dengan kemunculan Bintang muda dari West Ham United iaitu Nicholas Chan yang merupakan anak kepada pemilik kelab Cardiff City, England. Kontroversi dan mengejutkan ialah kehadiran semula penyerang sensasi musim 2009, Khalid Jamlus yang kembali menyarung jersi Kelantan bagi musim 2011.



(Nicholas Chan Bintang Muda TRW)

Dengan kembalinya dua wira yang baru pulang daripada kejohanan AFF Suzuki baru-baru ini, Shahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat dijangka mampu memberi sengat yang lebih mendalam bagi menambahkan kualiti permainan pada 15 Januari ini.



SELAMAT MAJU JAYA KEDAH-KELANTAN 2011!!

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...