Blog Ini Memaparkan Tentang Perkembangan Bolasepak Malaysia Khususnya Bagi Pasukan Kelantan FA The Red Warriors. Berita Terkini Dan Rumours Transfer Musim 2015 Turut Dimuatkan Dalam Blog Ini. "Be Part Of Champions Team"
Ahad, 23 Januari 2011
Kelantan Catat Kemenangan Bertemu Penang Di Tempat Lawan
Skuad Kelantan mula menampakkan ketajaman serangan namun, itu semua masih awal untuk mentafsirkan kematangan skuad TRW yang pada musim ini berwajah baru dengan kelibat beberapa anak jati yang kembali pulang untuk menyarung jersi Wira Merah.
Kelantan telah mencatatkan kejayaan terbesar dalam siri persahabatan di tempat lawan apabila TRW berjaya membelasah Pulau Pinang dengan jaringan 4 gol tanpa balas. Kejayaan itu dibantu dengan aksi cemerlang Penjaga Gol Kebangsaan yang juga memegang posisi utama selaku penjaga gol terutama buat TRW iaitu Khairul Fahmi Che Mat. Beberapa percubaan pemain tuan rumah berjaya dinafikan oleh beliau dengan penuh komitmen dan disiplin yang tinggi. Ketajaman penyudah pada posisi serangan jelas dilihat apabila Penyerang Terbaik Kebangsaan 2010 serta Pemain paling Bernilai 2010(MVP) iaitu NorShahrul Idlan Talaha berjaya menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-6.
Selang beberapa minit,TRW berjaya menambah gol menerusi jaringan Kapten TRW, Badhri Radzi yang merembat kencang terus ke gawang gol pasukan tuan rumah. Tuan rumah jelas agak tertekan dengan gol yang dilakukan dan mereka sering berbalas serangan dengan skuad Kelantan.
Pada minit ke-60, Kelantan dihadiahkan sepakan penalti apabila pemain TRW dikasari pemain pertahanan Pulau Pinang. Sepakan penalti diambil oleh Nizad Ayub dan terus menggegar jaring pasukan Pulau Pinang. Gol itu terus menyemarakkan semangat Sang Wira Merah untuk terus melakukan serangan melalui playmaker mereka, Badhri Radzi.
Berselang sembilan minit kemudian, Khairan Eroza menambah derita pasukan tuan rumah dengan gol keempat yang sekaligus menjatuhkan mentaliti para pemain Pulau Pinang.
Perlawanan tamat dengan kemenangan berpihak kepada The Red Warriors dengan jaringan 4 gol tanpa balas. Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan jelas sekali tampak gembira dengan keputusan positif itu setelah mereka menjalani siri persahabatan dengan penuh mencabar sejak kebelakangan ini.
APA-APA PUN, TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MENEWASKAN HARIMAU KUMBANG DI GELANGGANG LAWAN..'BILO MASOK PADE..KITO GOMO SENGOTI!!..'
GO MORE! THE RED WARRIORS GO MORE!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...
-
Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimanakah hendak menyertai Ultras Malaya, perlukah mengisi borang? perlukah bai'ah? macam ...
-
Pada 15 Januari 2011 akan menjadi detik pertemuan di antara Sang Kenari,Kedah Darul Aman menerima kunjungan The Red Warriors, Kelantan Daru...
-
Bolasepak malaysia sebenarnya tidak lengkap tanpa 'karenah' para penyokong setia The Red Warriors. Ini kerana sebelum Kelantan menj...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan