Isnin, 10 Januari 2011

Astro Penaja Rasmi Liga M



Setelah dua penggal bersama Liga M untuk menaja kelancaran Liga M dari tahun 2004 hingga 2010,FAM memutuskan untuk melakukan pembaharuan dari segi penajaan Rasmi Liga.Jelas sekali penajaan hampir sebanyak RM 220 juta akan diberikan kepada FAM bagi merancakkan kembali Liga profesional di negara ini.

Terdapat banyak faedah daripada penajaan yang akan diberikan oleh Astro kepada FAM. Antaranya ialah kemungkinan besar perlawanan Liga Super dan Liga Premier akan disiarkan secara LIVE dan serentak. Sebelum ini, hanya RTM mengadakan perlawanan secara langsung, namun, ianya hanya satu perlawanan dalam seminggu.

Yang pastinya, Astro akan membuat promosi bagi saingan Liga M baik dalam negara mahupun luar negara. Ini sedikit sebanyak mampu menaikkan liga bolasepak di negara ini agar setaraf dengan Liga J(Jepun),EPL(England) dan La Liga (Sepanyol). Liga M disasarkan akan setaraf dengan Liga negara lain menjelang  tahun 2014.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...