Sabtu, 15 Januari 2011

Indra,Farhan,Azizi Yakin Benam Kelantan.

KAMI MAMPU JINAKKAN KELANTAN..
SKUAD T-Team tidak gentar bertemu juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dalam kempen Piala FA musim ini apabila yakin menundukkan lawan di gelanggang sendiri pada 19 Februari ini.Keyakinan itu disuntik dengan kehadiran ramai pemain hebat yang membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia memperkuatkan skuad T-Team musim ini. Tiga pemain utama Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose sudah meninggalkan skuad Red Warriors itu untuk mengikat kontrak bersama T-Team.


Berdasarkan pengalaman dan strategi bekas kapten Kelantan, Indra Putra Mahyuddin, T-Team benar-benar optimis untuk memastikan Kelantan sebagai mangsa amukan pertama mereka dalam kancah Piala FA. Hal ini demikian kerana 3 pemain yang baru menyertai T-Team ialah watak penting The Red Warriors musim lalu yang membawa Kelantan ke persada kejuaraan. Dengan memiliki pertahanan terbaik kelantan musim lalu, Azizi Matt Rose, T-Team dilihat mampu mengekang asakan Sang Kijang berdasarkan persembahan yang kurang memberangsangkan The Red Warriors dalam beberapa siri persahabatan.


Indra Putra Mahyuddin semestinya akan menjadi watak penting dalam merencana hantaran-hantaran yang berkualiti bagi memudahkan jentera serangan melancarkan serangan yang bertubi-tubi ke kubu pihak lawan. Pakar Sepakan percuma itu juga akan menggunakan segala peluang seandainya beilau mendapat peluang untuk melakukan sepakan percuma terus.

Penyerang Kelantan musim lalu, NorFarhan Muhammad mungkin ingin memastikan kariernya terus bersinar dalam kancah Liga M setelah berjaya beraksi cemerlang sepanjang bersama Red Warriors. Sebagai jentera serangan T-Team musim ini, Farhan semestinya tidak mahu melepaskan peluang untuk beraksi pada pertemuan menentang Kelantan pada pembukaan Piala FA.

Namun begitu, mampukah mereka membantu T-Team menjulang sebuah piala musim ini? Bersediakah tiga bekas tonggak utama Kelantan untuk berentap bagi memburu kemaraan ke pusingan seterusnya dalam kancah Piala FA 2011?

KITA TUNGGU DAN LIHAT......

1 ulasan:

Firz Putra berkata...

koho kemahh doh pengurusan kito..

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...