Khamis, 13 Januari 2011

Kelantan Bakal Mempunyai stadium bolasepak sendiri Tidak lama lagi?

                           (Gambaran 1 : Stadium Baru Yang Akan dibina oleh Kelantan)


                                       (  Gambaran 2 : Stadium yang akan dibina )

Inilah gambaran awal stadium baru kelantan yang akan dibina tidak lama lagi. Yang pastinya, stadium ini nampak lebih trend dan mempunyai fasiliti yang cukup baik. Melalui kerjasama cardiff City, kelantan mungkin mampu memiliki stadium yang mampu memuatkan kapasiti penonton yang berjumlah hampir 45,000 penyokong fanatik kelantan.



Lokasi pembinaan stadium ini masih dikaji oleh KAFA kerana memikirkan banyak aspek. Pembinaan stadium baru perlulah menekankan kemudahan kepada orang ramai. Hal ini demikian kerana Stadium Sultan mohammad Ke-IV sering sesak terutamanya pada perlawanan yang menemukan pasukan Red Warriors dengan musuh tradisi seperti Selangor, Terengganu ,Kedah dan Negeri Sembilan.


                         (Stadium Sultan Mohammad Ke-IV yang sudah 'uzur')

Yang pastinya, sokongan daripada para penyokong mampu untuk merealisasikan sebuah stadium baru untuk negeri Kelantan yang sebelum ini terpaksa 'menderita' berasak-asak dalam stadium yang sudah memamah usia berpuluh tahun.

Jika perkembangan bolasepak di Kelantan lebih maju, tidak mustahil Stadium ini menjadi kebanggaan kepada seluruh peminat bolasepak tempatan sekiranya ianya dibina.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jadi ke buat stadium ni?

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...