Khamis, 13 Januari 2011

Kes Bicara 8 Pemain dicuri oleh Kelab lain akan diketahui 26 januari ini.



LAPAN pemain termasuk tiga bekas pemain The Red Warriors yang dikatakan dicuri dua pasukan negeri dan sebuah kelab bakal akan mengetahui nasib mereka 26 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain dan Perpindahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan akan dibuat selepas pemain dan pasukan diberi tempoh 14 hari untuk memasukkan afidavit serta afidavit jawapan bagi mempertahankan kes mereka.

“Jawatankuasa sudah bermesyuarat Isnin lalu untuk meneliti aduan daripada tiga pasukan yang mengadu pemain mereka dicuri pasukan lain.
“Pemain yang dimaksudkan adalah Azidan Sarudin dari Selangor yang dikatakan dicuri Kuala Lumpur, empat pemain PKNS yang berhijrah ke Negeri Sembilan (Mohd Alafi Mahmud, G Mahderan, A Vanathan dan Muhamad Saufi Muhamad Ibrahim) dan tiga pemain Kelantan ke T-Team (Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Mohamed dan Azizi Mat Rose).

“FAM menerima tiga aduan daripada tiga pasukan bahawa pemain yang sudah diikat untuk musim tahun ini, dicuri pasukan lain,” katanya di Kota Darulnaim, Kota Bharu, semalam.

Dia mengulas mengenai isu beberapa pasukan yang membangkitkan masalah ‘kehilangan’ pemain ekoran dilamar pasukan tertentu menjelang bermula saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Takiyuddin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) berkata, pasukan yang mendakwa itu akan diberikan tempoh tujuh hari untuk memasukkan afidavit atau akuan bersumpah dan FAM kemudian akan menyerahkannya kepada pemain untuk memberi afidavit jawapan dan mereka juga diberi masa tujuh hari.
“Keputusan mengenai nasib pemain yang dicuri serta pasukan yang mencuri akan diketahui 26 Januari ini, tiga hari sebelum sepak mula musim ini bermula. Sebelum ini kes seperti ini tidak serius tetapi tahun ini amat ketara,” katanya.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...