Khamis, 20 Januari 2011

Kelantan Mula Menemui Rentak Terbaik.


                    [Piala Datuk Shahidan Kassim dijulang oleh Tan Sri Annuar Musa bersama 'Piya'.]


GO MORE RED WARRIORS GO MORE! Itulah slogan Juara Piala Malaysia musim lalu bagi melalui ranjau Liga M 2011 yang akan menjelang tidak lama lagi..Skuad Kelantan dilihat semakin menemui sentuhan berbisa serta keserasian setelah mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan. Setelah tewas kepada Kedah tempoh hari, Red Warriors tampil garang apabila pasukan itu beraksi dalam sebuah kejohanan yang melibatkan dua negeri iaitu Negeri Perlis dan Negeri Kelantan sendiri. Kejohanan itu digelar sebagai Piala Datuk Shahidan Kassim(Piala Muhibah) yang sudah menjadi kebiasaannya diadakan pada setiap tahun. Kejohanan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan serta perpaduan antara dua negeri tersebut. Kejohanan Piala Muhibah itu persis kejohanan yang dilakukan oleh Selangor bersama Singapura yang dikenali sebagai Piala Sultan Selangor yang juga diadakan pada tiap-tiap tahun. Yang pastinya, misi kejohanan itu adalah sama iaitu perpaduan.

Kejayaan mencatatkan kemenangan 2 gol tanpa balas membolehkan Red Warriors mendapat suntikan moral setelah mereka mencatatkan keputusan yang kurang memberangsangkan pada siri persahabatan sebelum ini. Mengikut pemerhatian saya, persiapan skuad Kelantan sudah mencapai 84% dan berkemungkinan skuad ini mampu membuktikan bahawa Juara Piala Malaysia Edisi 2010 itu tidak gentar untuk memulakan kempen Liga M dengan tenang dan penuh semangat berkobar-kobar.

Kelantan dikuatkan dengan beberapa pemain kebangsaan yang menyertai Piala AFF Suzuki 2010 seperti Khairul fahmi Che Mat(Apex) dan Shahrul Idlan Talaha(Mat Yo). Selain itu, S.Chanturu juga kembali bersama skuad setelah baru pulih daripada kecederaan sebelum ini.

B.Sathianathan kini dalam proses memberi 'terapi' kepada semua pemain TRW dalam misi merebut Piala Sumbangsih daripada Selangor musim ini..Menrut beliau, kemenangan pada perlawanan itu nanti pasti akan menentukan sama ada mereka mampu pergi jauh atau sebaliknya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gomo kelate gomo!!

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...