Jumaat, 28 Januari 2011

Fahmi Bakal Diberi Tugas 'Getir' Berdepan Red Giants.

[Penjaga gol utama Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat]


Penjaga gol Terbaik Kebangsaan 2010 serta Pemain Muda Terbaik 2010, Khairul Fahmi Che Mat bakal berdepan tanggungjawab yang berat bagi membantu The Red Warriors berdepan Selangor dalam kancah Piala Sumbangsih.

Perlawanan 29 Januari ini jelas sekali bakal menguji keupayaan sebenar penjaga gol Kelantan itu setelah beliau mengakhiri musim 2010 dengan tiga kejayaan manis baik bersama The Red Warriors mahupun bersama Skuad Harimau Malaya. Kejayaan manis 2010 menyaksikan Khairul fahmi berjaya membawa Kelantan sebagai Naib Juara TM Liga Super 2010 dan Juara TM Piala Malaysia 2010.Paling manis, beliau diiktiraf sebagai Penjaga gol Terbaik Malaysia 2010 dan Pemain Muda Terbaik Malaysia 2010.

 Yang tidak mampu dilupakan beliau pastinya membantu skuad Harimau Malaya menjulang Piala AFF Suzuki 2010 buat kali pertama dalam sejarah Malaysia.

Berbalik semula pasal Piala Sumbangsih 29 Januari ini, Khairul Fahmi pastinya ingin memulakan musim baru dengan nota kejayaan. Mungkin siri latihan dan persiapan pasukan TRW sedikit terganggu berikutan penggantungan B.Sathianathan. Namun begitu, pastinya Fahmi ingin berusaha membantu Datuk K (M.Karathu) untuk menjulang trofi yang sebelum ini dimiliki musuh tradisi mereka, Selangor.

Selain itu, beliau juga teruja tempoh hari apabila terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa Manchester United ingin 'melamar'nya. Fahmi tidak menggangap itu satu perkara mustahil kerana beliau berpendapat bahawa setiap pemain yang bagus pasti mampu bermain dengan kelab yang bagus.

[Fahmi sebelum ini 'digosipkan' dengan manchester United]



GOMO KELATE GOMO!!KITO ANGKAT PIALO SUMBANGSIH 2011 DEH!!INSYAALLAH..PAKAT DOA LA BLAKO SEP-SEP PENYOKONG TRW SEKALIAN!!

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...