TUMPUAN penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010, Mohd Safee Sali kini adalah untuk membantu Selangor menjuarai perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah, 29 Januari ini dan mempertahankan mahkota Liga Super, sambil mahu melupakan seketika hasratnya berpindah ke kelab luar.
“Memang saya mahu berhijrah jika ada tawaran, tetapi masih belum ada kelab luar yang membuat tawaran terus kepada saya,” kata Mohd Safee ketika ditemui di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.
“Memandangkan kontrak saya dengan Selangor masih ada sehingga November ini, saya akan tumpukan perhatian membantu pasukan ini sebaik mungkin. Jika ada tawaran dari mana-mana kelab dalam masa terdekat, saya serahkan kepada persatuan untuk membuat keputusan.”
Sebelum ini Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan, empat kelab Indonesia berminat mendapatkan khidmat Safee dan akan mengadakan perbincangan dengan pihaknya minggu ini.
Namun tawaran berkenaan bukan untuk tempoh terdekat, sebaliknya selepas selesai pusingan pertama Liga Super Indonesia yang akan berakhir Jun depan.
Mengenai persiapan Selangor musim ini, Safee berkata: “Kami sudah bersiap sedia menghadapi Kelantan. Kombinasi pemain musim lalu dan pemain baru cukup mantap, cuma ketiadaan beberapa pemain sedikit mengganggu persiapan untuk perlawanan awal ini.”
Selangor kehilangan Mohd Bunyamin Umar dan Mohd Nasriq Baharom yang masih cedera dan Khairul Anuar Baharom yang masih dalam penggantungan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan