Pada 7 januari 2011 telah melakar sejarah baru di negeri kelantan apabila Piala AFF Suzuki yang dimenangi Skuad Bolasepak negara digandingkan bersama Piala Malaysia dan Piala Emas Raja-Raja yang dimenangi kelantan musim lalu. Pameran 3 piala tersohor itu diraikan dalam Majlis Pengenalan Pemain-pemain Red Warriors Dan jersi Baru yang dirasmikan bersama Pengerusi Kelab Divisyen 2 England, Cardiff City iaitu Datuk Chan Tien Ghee.
Dalam pada itu, Datuk Tien Ghee turut membuat pengumuman mengejut apabila memberikan penajaan sebanyak RM100,000 kepada Kelantan dan berjanji akan membawa pegawai, pemain dan penyokong bertuah ke Cardiff untuk bertemu dengan penyerang sensasinya, Craig Bellamy.
Semalam, walaupun cuaca yang agak kurang menentu, lebih 1,000 penyokong setia The Red Warriors membanjiri salah satu pusat beli-belah di KB MALL,Kota Bharu untuk melihat dengan lebih dekat pemain-pemain kesayangan mereka.
Jersi Red Warriors musim 2011 masih lagi ditaja oleh Syarikat Umbro,Al-Hambra,Sinar Harian dan Yusmira Trading. Terbaru, Penaja AL-Jabbar juga berminat sama menaja skuad Red Warriors musim ini. Ini menjadikan penajaan Red Warriors terkumpul hampir RM 1 juta.
Setelah berteka-teki selama hampir 3 bulan mengenai corak jersi Red Warriors musim ini, Akhirnya KAFA memutuskan Design nombor 5 sebagai jersi Rasmi skuad itu. Mengenai logo penaja di hadapan jersi masih belum diputuskan sama ada Maxis atau sebaliknya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan