Sabtu, 15 Januari 2011

Barisan Pemain baru Berazam Julang Red Warriors 2011.

(5 Muka baru Red Warrios Bersemangat semasa latihan pertama mereka)

KOTA BHARU- Kelantan optimis untuk memburu 3 piala musim 2011 selepas skuad Red Warriors itu berjaya merebut Piala Malaysia Edisi 2010 daripada Sang Rusa, Negeri Sembilan. Kenangan manis itu dihargai warga Kelantan dengan meraikan piala berprestij itu ke seluruh pelusuk negeri Che Siti Wan kembang itu. Kejayaan itu telah mengiktiraf Skuad Kelantan sebagai pasukan gergasi baru dalam arena bolasepak Malaysia.

Kejayaan Piala Malaysia 2010 turut disertai dengan gelaran Naib Juara Liga Super yang diperoleh hasil kerjasama semua pihak Red Warriors.

Musim 2011 pula menyaksikan kelantan kehilangan beberapa tonggak utama seperti Kapten pasukan musim lalu, Indra Putra Mahyuddin yang telah berhijrah ke T-Team bersama Azizi Matt Rose dan NorFarhan Mohammad. Selain itu, Kelantan juga melepaskan Akmal Rizal(ke Perak),Hairuddin Omar(Ke Negeri Sembilan), Syed Adney(ke Sabah) dan beberapa pemain seperti Che Hishammudin(Bersara) dan Sharudy Aziz(Digugurkan).


(Azwan Roya sewaktu bersama Johor FC)

Migrasi masuk pemain baru menyaksikan dua pemain Johor FC yang merupakan anak kelahiran Kelantan, Wan Rohaimi Wan Ismail dan Azwan Roya yang sebelum ini membawa Johor Fc ke separuh akhir Piala Malaysia 2010. Kedua-dua pemain ini pernah menjarung jersi kebangsaan dan mempunyai pengalaman yang luas setelah bertahun-tahun berkelana.


(Aziz Ismail sewaktu bersama KL Plus FC)

Kehadiran Wan Rohaimi dan Aziz sekurang-kurangnya mampu menggantikan posisi yang ditinggalkan Azizi Matt Rose. Dalam perlawanan persahabatan dengan Pulau Pinang tempoh hari jelas menampakkan keberkesanan Wan Rohaimi dalam mengawal pergerakan pihak lawan.

Kemasukan Azwan Roya bagaimanapun masih belum menampakkan impak dalam beberapa siri persahabatan sebelum ini. Mungkin pemain-pemain baru ini memerlukan masa untuk mencari keserasian bersama.

Selain itu, kemunculan bintang muda dari West Ham United jelas sekali memberi sinar baru buat penyokong setia Red Warriors. Hal ini demikian kerana bintang tersebut mampu bermain dua posisi iaitu pertahanan dan midfielder. Bintang tersebut ialah Nicholas Chan. Beliau baru berusia 19 tahun namun pengalaman beraksi di luar negara sebelum ini mampu memberi Kelantan kelebihan dalam misi memburu kejuaraan 2011.


(Nicholas Chan, Bintang Muda baru sandaran TRW)

Kejayaan Red Warrios mengumpul beberapa pemain baru dilihat mampu memberi harapan kepada skuad itu menjelang saingan Piala Sumbangsih bertemu Selangor 29 Januari ini.

GO MORE KELATE GOAL MORE!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Just wish to say your article is as surprising. The clarity for your
publish is just cool and i can suppose you are knowledgeable in
this subject. Fine together with your permission let me to take
hold of your RSS feed to stay updated with imminent post.

Thanks one million and please carry on the gratifying work.



Here is my web-site: france travel agent australia

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...