(Pertembungan Liverpool-Everton sering menjadi tumpuan)
LIVERPOOL: Kenny Dalglish (gambar) meminta Liverpool menganggap pertembungan jiran setempat Merseyside hari ini sebagai satu perlawanan biasa ketika beliau bersedia untuk disambut secara penuh emosi di Anfield.
Dalglish kembali memegang teraju sebagai pengurus di Anfield berikutan pemergian Roy Hodgson minggu lalu, hampir 19 tahun selepas kali terakhir beliau mengendalikan Liverpool.
Kemunculan semulanya di Anfield adalah menentang pencabar setempat Everton dalam perlawanan sejiran Merseyside buat kali ke-215.
Selain kembalinya Dalglish dan kemegahan peminat tempatan, kedua-dua pasukan juga terdesak untuk mencatat kemenangan bagi mengelakkan diri daripada zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.
(Dalglish terus tercari-cari rentak kemenangan Liverpool Musim ini)
The Reds menghuni tangga ke-13 dengan hanya 25 mata, empat mata di atas zon penyingkiran dan ia adalah statistik yang membimbangkan Dalglish.
“Kemenangan pada perlawanan jiran setempat ini akan memberikan mereka, penyokong Liverpool dan setiap orang satu kegembiraan, tapi hanya memberikan kami tiga mata,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan