Isnin, 10 Januari 2011

Logo Terbaru The Red Warrios 2011.


Tahun 2011 sememangnya merupakan tahun yang cukup bermakna kepada jutaan peminat setia The Red Warriors. Hal ini demikian kerana pelbagai pembaharuan telah dilakukan oleh pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bagi menaikkan kembali era kegemilangan bolasepak di Kelantan.

Kejayaan membawa pulang trofi Piala Malaysia jelas sekali telah menimbulkan gimik baru kepada peminat sukan yang tersohor di dunia ini di Kelantan. Berpuluh-puluh ribu penyokong setia Red Warriors berarak meraikan sejarah menjulang Piala Malaysia buat julung kalinya.

Dengan Bantuan khidmat jurulatih B.Sathianathan ke atas skuad Sang Kijang ini telah menimbulkan kerancakkan dalam bolasepak Malaysia. Bekas jurulatih Kebangsaan itu juga turut sering menjadi buah mulut para peminat semenjak beliau membawa Skuad TRW mara ke perlawanan Akhir Piala Malaysia kali kedua berturut-turut.

Meskipun pada awalnya skuad TRW nampak sedikit terumbang ambing, namun kejayaan mencatur strategi yang bijak hasil pengalaman beliau bersama skuad kebangsaan telah membawa Kelantan selaku pasukan gergasi bolasepak yang digeruni pada abad ini.

Kejayaan TRW bergelar Naib Juara Liga Super 2010 dan Juara Piala Malaysia 2010 benar-benar menyakinkan para penyokong yang selama ini sudah lama dahagakan kejayaan TRW.

Akhirnya, pada akhir Disember 2010, Tan Sri Annuar Musa telah memperkenalkan logo baru TRW iaitu terdapat bintang emas di atas logo Kijang Emas.Ini jelas sekali bagi mengiktiraf kehebatan TRW.


Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...