Sabtu, 15 Januari 2011

Chelsea Tempang Tanpa Lampard.


LONDON: Chelsea mahu mengembalikan cabaran mempertahankan gelaran EPL kembali ke landasan hari ini apabila berdepan Blackburn Rovers di Stamford Bridge.

Pengurus Blues, Carlo Ancelotti semakin menerima tekanan untuk menghalang kemerosotan kelab itu akibat rentetan keputusan buruk.

Kekalahan 1-0 kepada Wolverhampton Wanderers pada perlawanan terakhir liga bukan petanda bahawa masalah mereka akan berakhir.
Frank Lampard adalah penting kepada taktik Chelsea dan 20 jaringannya ke atas setiap musim juga begitu penting.

Tiada keraguan juara Piala FA itu merindukan pengaruh Lampard tatkala pemain tengah England itu baru pulih daripada pembedahan hernia.

Pembedahan itu dijangka mengenepikannya daripada beraksi buat beberapa minggu, tetapi pemain 32 tahun itu mempercepatkan tempoh pemulihannya hingga mencetuskan lebih banyak masalah.

Kesannya, dia kini dilanda kecederaan tendon pada tulang kakinya dan memerlukan rawatan intensif untuk memastikan ia tidak melarat tetapi Lampard yakin rehat tiga setengah bulan akan membolehkannya kembali cergas pada akhir musim.
Sebenarnya bukan masalah besar. Saya perlu melakukan dua atau tiga sesi tambahan di gim untuk memperkuatkannya semula. Saya jangkakan ia akan berlanjutan beberapa minggu dan apabila menemui pakar, dia memberitahu ia memerlukan rehat tiga bulan. Memang mengecewakan apabila tidak dapat bermain dan terpaksa berlatih sendirian. AFP

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...