Rabu, 26 Januari 2011

Sathia Keluar..Siapa Pengganti??


[Sathia kecewa dan duka dengan keputusan FAM]

KELANTAN TERUS DIANIAYA!! Itulah ungkapan yang mampu saya luahkan menjelang saingan Liga M akan membuka tirai 4 hari sahaja lagi. Kelantan terpaksa menelan kepahitan apabila terpaksa kehilangan B.Sathianathan akibat pergantungan oleh FAM. Jurulatih Kelantan itu terpaksa berehat panjang musim ni dan berkemungkinan akan meletak jawatan.

 Namun begitu, setelah mendapat penjelasan daripada Tan Sri Annuar Musa,Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan, B.Sathianathan diberi peluang untuk masih bekerja bersama The Red Warriors. Sathia akan memegang jawatan selaku CEO bagi Akademi Bolasepak Kijang Emas yang merupakan sebuah akademi induk akar umbi KAFA. Dengan cara itu, Sathia akan kekal dan mungkin akan menunggu sehingga tempoh pergantungan tamat.


[Pengganti 'kerusi panas' terus jadi tanda tanya]

Kelantan mungkin akan mengambil jurulatih lain bagi mengisi kekosongan ini dan pastinya jurulatih yang akan mengambil alih tugas Sathia bukanlah calang-calang jurulatih yang akan dicari. Menurut petikan KOSMO! yang juga mendapatkan pengesahan Tan Sri Annuar Musa mengatakan bahawa jurulatih kelantan mungkin akan dilantik secepatnya kerana Hashim Mustapha dan Sideek Samsudin hanya mempunyai Lesen Kejurulatihan Kelas B.


[Hashim Mustapha hanya mempunyai lesen kejurulatihan Kelas B]


Oleh itu, desas desus mengatakan bekas jurulatih Kedah, Azrai Khor akan mengambil alih The Red Warriors. Namun begitu, setelah melihat kepada permasalahannya dengan FAM, KAFA semestinya tidak mahu lagi mengambil risiko.

[Azrai Khor antara nama besar bakal pengganti Sathia musim ini]

[M.Karathu pernah membawa Skuad Kelantan]

 Calon-calon lain pula ialah bekas jurulatih Perak yang juga bekas jurulatih Kelantan pada suatu ketika dahulu, M. Karathu.

Turut tercalon dalam senarai ini juga ialah bekas jurulatih Kelantan, Peter James Butler yang sebelum ini 'lari' ke Liga Myanmar setelah bersama Kelantan sebelum ini. Namun begitu, ramai penyokong The Red Warriors yang tidak gembira sekiranya Peter Butler kembali ke Kota Bharu.

[Peter James Butler pasti tidak disenangi penyokong Red Warriors]

Calon yang seterusnya tidak lain tidak bukan ialah Bojan Hodak. Beliau merupakan bekas jurulatih UPB My-Team. Strategi dan taktikalnya mungkin akan ditagih sang Kijang sekiranya benar beliaulah pengganti kerusi panas TRW.

[Bojan Hodak belum pasti mampu beri TRW kesempurnaan dalam masa singkat]


Janos Krecska pula merupakan bekas jurulatih KL Plus pada akhir musim. Taktikal beliaulah yang berjaya mengikat Kelantan di Kota Bharu sewaktu saingan Piala Malaysia/Liga Super(saya xpasti kejohanan mane) yang menyaksikan mereka seri 3-3 meskipun kelantan mendahului pada awalnya dengan jaringan 3-1.

[Janos Krecska pernah menjadi jurulatih Akademi Belia Arsenal]

KINI, SEGALA KEPUTUSAN ATASAN DI TANGAN K.A.F.A....SOKONGAN KEPADA PASUKAN PULA DI TANGAN PENYOKONG KELANTAN...KUASA VETO MENGHUKUM DI TANGAN F.A.M....
InsyaAllah, diharap masalah ini dapat diatasi segera....

kami penyokong yang simpati dengan 'kudis' yang mula dihidapi oleh pasukan kami..siapakah punya angkara pembawa 'kudis' ini??
  Renung-renungkanlah...

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...