Khamis, 13 Januari 2011

Sepanyol Kecewa Messi peroleh Ballon d'or.


Media Sepanyol menyatakan rasa kecewa selepas gandingan pemain Barcelona Xavi dan Andres Iniesta kalah kepada Lionel Messi untuk anugerah Ballon D'Or, manakala jurulatih Sepanyol Vicente del Bosque dinafikan pemilihannya oleh Jose Mourinho dari Real Madrid sebagai Jurulatih Terbaik.

"Emas untuk Messi, kekecewaan buat Sepanyol. Messi dan Mou menyebabkan wira skuad 'Roja' tanpa anugerah Ballon d'or," lapor akhbar AS.
Akhbar sukan Marca pula berpendapat: "FIFA merendah-rendahkan juara Piala Dunia dan menyebabkan Xavi, Iniesta dan del Bosque tanpa anugerah.



"Tidak syak lagi bola sepak Sepanyol paling rugi pada anugerah Ballon d'or kali ini,''.
Mourinho memenangi anugerah Jurulatih Terbaik bersama Real, walaupun ia dibayangi kecemerlangan Barcelona.

Pengurus itu diiringi penyerang Cristiano Ronaldo pada majlis di Zurich.
"Saya tahu Mourinho akan menang. Tiada apa yang lebih baik. Kami menang tiga kejuaraan, tiada siapa lagi yang layak memenangi hadiah FIFA. Mourinho menang banyak kejuaraan sejak lima hingga enam tahun lalu. Saya banyak belajar dalam tempoh yang singkat sejak bersamanya,'' kata bekas pemain Manchester United itu.

Sementara itu, Mourinho tidak bersetuju dengan pemilihan Messi.
"Messi, Xavi dan Iniestia bukan dari planet ini. Saya lebih suka melihat orang lain memenanginya, pemain Inter, Wesley Sneijder atau Diego Milito. Tetapi undian telah dibuat dan tiada apa yang mampu mengubahnya,'' katanya.' - AFP

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...