Blog Ini Memaparkan Tentang Perkembangan Bolasepak Malaysia Khususnya Bagi Pasukan Kelantan FA The Red Warriors. Berita Terkini Dan Rumours Transfer Musim 2015 Turut Dimuatkan Dalam Blog Ini. "Be Part Of Champions Team"
Isnin, 17 Januari 2011
Red Warriors Perlukan Masa Untuk Mantap.
KEHILANGAN mengejut tiga tonggak utama pada musim lalu masih dirasai juara Piala Malaysia 2010, Kelantan walaupun saingan Liga Super hanya berbaki dua minggu lagi untuk bermula.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengakui perkara itu dengan menjelaskan jurulatih skuad itu, B Sathianathan masih memerlukan masa untuk membentuk keserasian yang mantap di kalangan beberapa pemain muda bagi menggalas tugas pada musim ini.
Terbaru, skuad The Red Warriors itu tewas 1-0 kepada Kedah di Stadium Darulaman, Alor Setar pada aksi persahabatan Sabtu lalu selain beberapa keputusan yang tidak memberangsangkan sebelum ini.
“Walaupun sudah ada peningkatan, kesan yang ditinggalkan tiga pemain iitu masih dirasai,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan kedai peralatan sukan, Al Jabbar Sports Dot Com, petang semalam.
Kafa kehilangan tiga pemain iaitu Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan Azizi Mat Rose yang bertindak menyertai T-Team musim ini walaupun dilapor masih mempunyai kontrak dengan skuad The Red Warriors itu yang seterusnya membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Kami akan menghantar afidavit hari ini bersama asas aduan dan dokumen seperti yang diminta FAM. Saya juga difahamkan pemain turut diberi peluang sama untuk memberikan alasan dan keputusan akhir hanya akan diketahui 26 Januari ini yang diputuskan oleh Jawatankuasa Status Pemain,” katanya.
Menurut Annuar lagi, tuntutan Kafa adalah kerana merasakan perpindahan tiga pemain itu tidak mengikut peraturan ditetapkan.
“Saya mahu kelab, pemain dan pegawai mempunyai satu perasaan bertanggungjawab dan beretika terhadap peraturan sekiranya ingin memajukan bola sepak tempatan ke peringkat lebih tinggi,” katanya yang juga timbalan presiden FAM.
Terdahulu Annuar menerima tajaan berjumlah RM200,000 daripada Al Jabbar Sports Dot Com untuk skuad The Red Warriors pada musim ini.
“Penajaan ini pastinya akan menyuntik semangat kami untuk terus mencapai kejayaan,” katanya yang turut menjelaskan penaja utama skuad itu akan diumumkan pada Ahad ini dengan nilainya mencecah RM2 juta.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M
Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...
-
Ramai yang masih tertanya-tanya bagaimanakah hendak menyertai Ultras Malaya, perlukah mengisi borang? perlukah bai'ah? macam ...
-
Pada 15 Januari 2011 akan menjadi detik pertemuan di antara Sang Kenari,Kedah Darul Aman menerima kunjungan The Red Warriors, Kelantan Daru...
-
Bolasepak malaysia sebenarnya tidak lengkap tanpa 'karenah' para penyokong setia The Red Warriors. Ini kerana sebelum Kelantan menj...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan