Khamis, 13 Januari 2011

Wan Rohaimi Semakin Mantap Bersama Red Warriors

                                                 (Pic Credit To : Wawan Faiz)
                                     

Red Warriors tampak yakin untuk memberi saingan dalam Liga M setelah kesebelasan utama pasukan itu dikuatkan dengan kehadiran pemain pertahanan yang baru, Wan Rohaimi Wan Ismail. Pemain ini merupakan anak kelahiran kelantan yang telah lama merantau dan kini sedia berkhidmat untuk negeri kelahirannya.

Sebelum ini, Wan Rohaimi merupakan Kapten pasukan johor FC selama beberapa musim ini. Namun begitu, setelah membawa Johor FC ke separuh akhir Piala Malaysia musim lalu, beliau optimis untuk membawa Kelantan maju setapak lebih jauh daripada musim lalu.

Kedatangannya pada saat awal amat mengejutkan semua pihak. Hal ini demikian kerana beliau sudah pun berusia dan dikhuatiri gagal memberikan aksi yang terbaik bersama Sang kijang.
                                              ( Pic Credit to : Wawan Faiz )


Dalam beberapa siri perlawanan persahabatan yang telah dilalui skuad Red Warriors, beliau jelas sekali menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang terpuji terutama sekali sewaktu perlawanan persahabatan menentang Pulau Pinang tempoh hari. Beliau bijak mengesan dan mempertahankan kawasan bahaya yang sering diasak pasukan lawan. Apa-apa pun, diharap beliau akan menunjukkan aksi yang mantap dalam aksi Piala Sumbangsih, liga Super,Piala Fa dan Piala Malaysia musim 2011...

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...