Selasa, 20 September 2011

Amukan Badri Bikin Sarawak Gigit Jari

Kemenangan 4-0 Kelantan keatas Sarawak tempoh hari sememangnya berlaku secara dramatik dan penyokong setia The Red Warriors sendiri seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku dalam masa yang singkat itu. Yang pastinya prestasi yang cemerlang ditunjukkan oleh kapten Sang Wira Merah, Mohd Badri Radzi pada saat-saat akhir babak permainan mengubah nasib The Red Warriors yang pada separuh masa pertamanya berputih mata tanpa sebarang jaringan.

Norshahrul Idlan Talaha juga sudah mula menemui sentuhan pemusnahnya.


Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada malam tersebut agak kurang kapasiti penyokong memandangkan bandar Kota Bharu dituruni hujan sejak petang lagi. Namun ternyata anak didik Datuk M. Karathu tidak menjadikan itu semua sebagai alasan dengan menghadiahkan tiga penuh buat ribuan penyokong fanatik The Red Warriors yang sememangnya mendahagakan kemenangan setelah mereka diaibkan oleh Felda United sebelum ini.

Peluang Kelantan untuk ke suku akhir kini semakin pasti dengan mereka kini hanya kekurangan satu mata untuk mengatasi pendahulu kumpulan C, Felda United.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...