Khamis, 22 September 2011

Tampuk K.Devan Bakal Diambil Alih Sathianathan?

K.Devan terpaksa meninggalkan The Red Giants setelah
beliau gagal membawa Selangor mara lebih jauh musim ini.


Zaman kegemilangan K.Devan bersama Gergasi Lembah Klang itu akhirnya terhenti setelah pengurusan FAS mengambil tindakan drastik dengan menamatkan khidmat jurulatih tersebut. Devan yang sebelum ini pernah menjulang Selangor sebagai Juara Piala FA musim 2009 dan Juara Liga Super 2010 pastinya antara individu yang paling kecewa namun beliau akui pihak pengurusan lebih berhak menentukan masa depan pasukan Selangor.

Devan pernah mencipta kejayaan buat Red Giants
namun itu semua sudah lama berlalu.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang pengganti Devan selepas ini dan Admin berjaya mendapat info dari Shah Alam yang mengatakan bahawa bekas jurulatih The Red Warriors, B.Sathianathan bakal menggalas tanggungjawab dalam merealisasikan 'misi 33' yang dicanang oleh The Red Warriors pada awal kempen Piala Malaysia. Di kem Kelantan, berita 'Abe Ya' akan ke Selangor merupakan isu yang sedang hangat untuk diperkatakan dan mereka pastinya tidak ingin melihat Sathia memimpin pasukan musuh tradisi mereka itu.


Jika Sathia benar-benar akan ke Selangor,
tidak mustahil 'Misi 33' akan tercapai memandangkan
beliau antara jurulatih terbaik negara pada ketika ini.


Jika benar kesahihan info tersebut, episod 'permusuhan' antara The Red Warriors dengan The Red Giants pasti akan lebih panas kerana Sathia sememangnya sudah arif dengan corak permainan The Red Warriors sejak beliau mengambil tampuk pimpinan yang ditinggalkan Peter James Butler pada tahun akhir 2009.

Mahukah Sathia ke Selangor?

Admin yakin bahawa Sathia tidak akan sesekali akan menyertai Selangor kerana beliau sememangnya sudah 'jatuh cinta' dengan kemeriahan bolasepak di negeri Kelantan. Jurulatih tersebut juga pernah mengatakan bahawa pemain-pemain bolasepak Kelantan mempunyai semangat juang yang tinggi yang tidak ada dalam mana-mana pasukan lain. Oleh sebab itulah beliau kekal berkhidmat dengan The Red Warriors meskipun khidmatnya sebagai jurulatih utama Kelantan diambil alih oleh rakan seperjuangan, Datuk M. Karathu.


Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...