Rabu, 21 September 2011

Badri Radzi, Matyo Penentu Hidup Dan Mati The Red Warriors

Badri Radzi sering kali mengalami prestasi yang tidak menentu
sehingga kadang kala mengundang resah dalam kalangan penyokong
setia The Red Warriors yang terus mengekori perkembangan kariernya.


Dengan kini hanya berbaki dua perlawanan di peringkat kumpulan, The Red Warriors dilihat mula mengorak langkah kanan bagi mempertahankan trofi yang mereka menangi musim lalu, Piala Malaysia sekali gus menambah koleksi Sang Wira Merah sebagai antara kuasa baru bolasepak Malaysia. Namun begitu, mungkin terlalu awal untuk meramalkan Kelantan antara pasukan pilihan ke Final memandangkan saingan Piala Malaysia ini penuh dengan kejutan dan pastinya pasukan bukan pilihan lain juga ingin mencipta sejarah yang tersendiri.

Matyo kini sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan 'hamstring'
dan kejayaan merobek gawang Sarawak tempoh hari semakin membakar
semangat anak muda ini untuk merealisasikan trofi Piala Malaysia buat Kelantan musim ini.


Kebangkitan prestasi The Red Warriors sejak akhir-akhir ini sememangnya dikaitkan dengan sekembalinya ketajaman penyudah dua pemain utama The Red Warriors iaitu kapten TRW, Piya dan penyerang prolifik kebangsaan, Matyo. Kedua-dua pemain ini telah memainkan peranan yang cukup penting ketika Sang Kijang membelasah Sang Bujang Senang 4-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV baru-baru ini. Gandingan Shakir-Matyo-Piya ternyata membuahkan hasil pada kali ini apabila mereka berjaya menjaringkan gol kemenangan buat The Red Warriors dalam tempoh yang cukup singkat. 

Kebangkitan pemain The Red Warriors diharap mampu kekal
konsisten sehingga mereka berjaya mencipta sesuatu yang
terbaik untuk pasukan dan para penyokong setia di belakang mereka.


Walau bagaimanapun, kredit pastinya perlu diberikan kepada semua pemain The Red Warriors kerana mereka telah bermandi keringat dalam memastikan tiga mata penuh menjadi milik mereka sambil mereka tidak mahu menghampakan kira-kira 10,000 penyokong setia The Red Warriors yang memeriahkan suasana.

Harapan para penyokong Kelantan kini terarah kepada pertemuan antara Kelantan dengan Johor FC yang mungkin bakal menentukan sama ada skuad The Red Warriors benar-benar sudah bangkit dari lamunan atau sebaliknya...

Sebelum mengakhiri artikel ini, admin tinggalkan anda dengan kedudukan terkini pasukan-pasukan dalam kancah Piala Malaysia 2011... Assalamualaikum dan Salam 1 Kelantan..

Kedudukan Pasukan Piala Malaysia 2011
KUMPULAN A
KUMPULAN B
KUMPULAN C
KUMPULAN D


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jolow ko kptsn kumpulan C tu boh??xkam felda dok datah??klate kalah dh kam...

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...