Khamis, 14 April 2011

The Red Warriors Tidak Perlu Panik, Masa Masih Panjang



Masih bolehkan Bolasepak Kelantan diselamatkan? Mampukah Kelantan mengakhiri saingan Liga Super pusingan pertama dengan dengan nota kemenangan? Kini semuanya akan terjawab dalam Arena Bola kali ini.

Setelah diketepikan dua perlawanan berturut-turut, Piya kini disebut-sebut untuk kembali bersama pasukan The Red Warriors untuk berdepan Sabah sabtu ini. Jelas sekali ketiadaan pemain yang berumur 30 tahun ini memberi satu kesukaran kepada kelantan untuk memberi saingan terbaik dalam Liga M. Kapten pasukan The Red Warriors itu sebelum ini dilaporkan kurang cergas akibat megalami keletihan dan sedikit kecederaan ringan sebelum beliau tidak diturunkan oleh jurulatih Kelantan tempoh hari. Piya ternyata hanya mampu melihat di bangku simpanan bagaimana pasukannya dimalukan oleh Perak selasa lalu.

Ketiadaan Piya di bahagian tengah pasukan Kelantan banyak memberi kesan kepada mutu persembahan The Red Warrios selasa lalu. Lebih memeritkan Kelantan langsung tidak mampu menjaringkan satu gol pun meskipun pasukan itu dianggap sebagai pasukan pilihan. Namun seperti kata-kata penyokong-penyokong sebelum perlawanan selasa lalu berlangsung, mereka jelas sekali tidak yakin Kelantan mampu memberi saingan hebat seandainya Piya tidak diturunkan bersama.

Kini M.karathu mungkin akan mengubah taktikal permainan The Red Warriors memandangkan strategi sebelum ini tidak menjadi sebaliknya memakan diri sendiri. Berdepan Sabah Sabtu ini merupakan satu perlawanan yang penting bagi Kelantan bagi memulihkan kembali maruah mereka yang tercalar selasa lalu. Andainya Kelantan gagal mencapai kejayaan pada perlawanan bertemu Sabah, Arena bola pasti Kelantan tidak akan mampu lagi meneruskan tekanan serta mencabar Perak dan Selangor untuk merebut gelaran Juara Liga Super musim 2011

Arena Bola akui masih ramai yang mempercayai corak permainan yang ditunjukkan oleh Shakir Shaari, namun semua orang tahu bahawa beliau sendiri amat memerlukan 'playmaker' tambahan seperti Piya bagi menjayakan misi menyerang ke kubu lawan.

Kelantan juga kini perlu menarik nafas lega apabila pemain 'striker' mereka, Ramzul Zahini Adenan kini dikhabarkan pula menunjukkan peningkatan dari segi kecergasan mentaliti dan fizikal. Arena Bola mengesyorkan agar Coach Kelantan kerap melakukan pertukaran dalam 'first eleven' Kelantan seperti mana yang sering dilakukan oleh Sathia sebelum ini. Ini kerana ianya mampu memberi peluang kepada pemain simpanan membuktikan kehebatan mereka di samping Kelantan mampu merehatkan pemain utama.




Tidak salah sekiranya Farisham Ismail digantikan dengan Aziz Ismail memandangkan kedua-dua pemain mempunyai kekuatan yang seimbang. Rizal Fahmi pula perlu ditukar dan memberi peluang kepada Wan Rohaimi untuk mencuba dan memperagakan corak permainan beliau.




Pada pendapat Arena Bola, tindakan coach memasukkan Danial Fadly dalam kesebelasan utama adalah tindakan bijak sebenarnya. Ini kerana beliau kerap kali beraksi cemerlang setiap kali diturunkan meskipun beliau sedar akan usianya yang menjadi penghalang.




Selain Danial, peluang yang diberikan kepada Nizad Ayub juga satu tindakan yang perlu dipuji. Ini kerana pemain muda seperti Nizad amat memerlukan banyak siri perlawanan agar beliau mampu membiasakan diri dan lebih matang semasa beraksi di padang.

Kini persoalan mula timbul sama ada Kelantan akan melakukan rombakan atau meneruskan corak permainan yang sedia ada. Arena Bola berjaya mendapatkan kepastian sama ada perubahan taktikal diubah atau tidak apabila Arena Bola 'singgah' ke Facebook Tan Sri Annuar Musa sebentar tadi.
Inilah Jawapannya :

"Kesilapan tactical kita Akan di baiki..bermain di kb Dan bermain di luar TIDAK harus disamakan...kita juga harus lebih teliti mengkaji LAWAN sebelum memutuskan strategi..SAYA AKAN MEMBUAT SATU PERUBAHAN BERHUBUNG PENENTUAN STRATEGI(TAK BOLEH di umumkan disini)....yg pasti kita perlukan satu pendekatan yg lebih kompleks memandangkan PERSAINGAN SENGIT SELEPAS INI..."

"Insyaallah kita akhiri PUSINGAN pertama dgn 2 PERLAWANAN lagi DAN SEKURANG KURANGNYA BERADA DI TANGGA KE2..munkin 3 mata di belakang SELANGOR..Dan kita tunggu SELANGOR diKB..SNGOR,PERAK DAN TGANU TERPAKSA BERTEMU SESAMA MEREKA SBLUM TAMAT PUSINGAN PERTAMA...jgn terlalu menekan pasukan..Biar mereka settledown SY YAKIN KITA TETAP DI ATAS"
--Daripada Tan Sri Annuar Musa

Kata-kata Tan Sri itu jelas menggambarkan bahawa Kelantan tidak akan terburu-buru mengambil sesuatu tindakan sebaliknya beliau akan menyiasat sendiri punca persembahan The Red Warriors di tempat lawan agak kurang memberangsangkan.

Apa-apa pun diharap semuanya akan terlerai selepas ini kerana musim Liga Super 2011 masih lagi panjang. Kelantan, Selangor mahupun Perak belum tentu mampu bergelar juara seandainya mereka tidak mempamerkan konsistensi dalam perlawanan-perlawanan yang bakal mereka tempuhi.

1 ulasan:

harum kasturi berkata...

gomo kelate gomo!

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...