Jumaat, 22 April 2011

Bayangan Skuad The Red Warriors Malam Ini



Khabar gembira menanti para ribuan penyokong setia Kelantan apabila pemain kesayangan mereka, Ramzul Zahini Adenan kini sudah mula pulih sepenuhnya. Hal ini bakal menyaksikan Kelantan bakal mempertaruhkan formasi baru iaitu 4-4-2  untuk menggantikan formasi terdahulu, 4-5-1.



Ramzul(dua dari kanan) kini kembali membarisi jentera
gempur The Red Warriors 



Dikhabarkan Khairul Fahmi Che Mat sekali lagi akan diberi kepercayaan untuk mengawal gawang Kelantan sambil akan dibantu Daudsu, Rizal Fahmi, Farisham dan Aziz di bahagian pertahanan pasukan. Yang menariknya, pemain pertahanan kecil molek Kelantan, Aziz Ismail diberi peluang untuk beraksi dalam skuad utama pada malam ini dan pastinya beliau tidak ingin mempersia-siakan peluang keemasan ini.


Rizal Fahmi dan Daudsu perlu lebih waspada agar  
kesilapan lalu tidak berulang lagi.



Berdasarkan maklumat yang diterima, pemain Piala Presiden Kelantan, Izuan Solehuddin akan diturunkan lebih awal untuk menggantikan posisi Pemain 'lipas kudung', Nurul Azwan Roya di posisi sayap kiri.
Seperti biasa Kapten pasukan, Badri Radzi akan menggalas tanggungjawab selaku playmaker Kelantan sambil dibantu Shakir Shaari. 

Khalid masih lagi bergelut dengan prestasi kurang konsistennya

Khalid Jamlus yang gagal menyerlah dalam perlawanan sebelum ini mungkin akan beraksi pada malam ini memandangkan beliau berada dalam senarai pemain simpanan bersama Nizad Ayub.

Ternyata jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu  kini mula melakukan transformasi pada pasukan sambil dibantu oleh 'Special One', B.Sathianathan. Selasa lalu, kombinasi dua jurulatih ini menjulang Kelantan di Kangar apabila Kelantan menang besar 5-1 , sekaligus naik satu anak tangga ke tangga ketiga Liga  Super.

Bayangan 1st 11 : Kelantan vs Perlis



.....................................................[Khairul Fahmi Che Mat]......................................................



.............(Daudsu)..............(Rizal)................................(Farisham)..............(Aziz)......................

........(K.Soley).................(Badri Radzi)...............(Shakir)...................(Izuan)...........................

.................................(Ramzul Zahini)...................(Norshahrul Idlan Talaha)..............................


Subs:
Mat Chah, Ropi, Wan Rohaimi , Subra, Khairan Eroza, Danial, Ijad, Kolid



Sumber barisan  pemain  daripada :Mohd Anas

2 ulasan:

yo87 berkata...

erk, layout c.ronaldo? hehe kalu piya kemah. hehe. mitok2 kelate mene la.

Firz Putra berkata...

hahaha...layout ronaldo jah boh...piya xdok wallpaper hok kemahh..biaso la..bolasepak baru nok maju...hahah

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...