Kematangan Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan 'Apex' di gawang jelas sekali sukar untuk dinafikan. Hal ini demikian kerana beliau merupakan Penjaga Gol Terbaik Kebangsaan musim lalu serta menjulang dua pasukan berbeza menjulang trofi dua trofi iaitu Piala Malaysia dengan Kelantan dan Piala AFF Suzuki dengan skuad kebangsaan tahun lalu. Namun begitu, kisah lalu tidak boleh menjadi ukuran terutamanya pada saat ini, Apex bakal menanti 90 minit perlawanan yang dijangka akan menguji kredibilitinya sebagai Penjaga Gol utama Kebangsaan.
Menyedari telah melepaskan satu gol pada perlawanan menentang Harimau Muda A jumaat lalu, Apex kini tidak mahu lagi terus dibuai dengan prestasi hambar dan beliau berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan skuad Red Warriors membawa pulang tiga mata penuh ke Kota Bharu. Apex juga tidak mahu lagi tragedi tewas mengejut kepada Pahang terus menghantui beliau yang pada ketika ini berada pada tahap kecergasan terbaik.
Kejayaan Apex menafikan percubaan pemain T-Team pada aksi Piala FA sudah menunjukkan betapa beliau sudah 'lali' dengan corak permainan pasukan itu. Fokus utama Apex pastinya tiga serangkai T-Team iaitu Indra Putra Mahyuddin, NorFarhan Muhammad dan Harris Safwan yang kerap kali mencemaskan beliau pada aksi bulan lalu. Rembatan Indra Putra pada minit ke-63 tempoh hari jelas sekali tidak disangka-sangka oleh Apex memandangkan pada situasi tersebut, para pemain pertahanan The Red Warrios agak'terlena'
Semasa ditanya sama ada Apex gugup untuk bertemu 'bekas kapten' Red Warriors musim lalu menjelang aksi malam ini ,apex hanya tetap yakin Red Warriors mampu melenyapkan hasrat T-Team untuk mencatat kemenangan di gelanggang sendiri. Menurutnya, beliau akan memberi fokus 100 peratus di atas padang dan tidak akan memberi sedikit pun peluang untuk lawan menjaringkan gol.
Apex juga berharap agar rakan sepasukan terus mempamerkan aksi terpuji agar kemenangan dapat dihadiahkan kepada para penyokong setia The Red Warriors.
Perlawanan malam ini bakal menemukan pasukan Apex dengan pasukan Indra yang jelas sekali akan menarik lebih ramai penyokong ke Stadium. Aksi di Stadium Sultan ISmail Nasiruddin Shah,Kuala Terengganu pastinya dianggap antara match yang agak penting seperti mana Kelantan bertemu Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan