Datuk M.Karathu mempunyai sebab tersendiri mengapa beliau mengeluarkan kapten The Red Warriors pada tempoh yang cukup awal ketika menentang Harimau Muda A pada aksi Liga Super jumaat lalu.
Boss The Red Warriors itu berkata, ia bagi membolehkan Piya cergas sepenuhnya untuk aksi Liga Super malam esok yang bakal menemukan Kelantan dengan Terengganu T-Team.
"Pemain-pemain yang tidak diturunkan jumaat lalu akan bermain untuk aksi di Kuala Terengganu," kata Karathu.
"Saya mahu memastikan para pemain berada pada tahap terbaik dan dengan motivasi yang baik. Sekiranya kami mahu mencapai sesuatu, kami mahu semua pemain pada motivasi terbaik."
Pada aksi jumaat lalu, Piya dikeluarkan selepas beberapa minit separuh masa kedua untuk digantikan oleh pemain simpanan. Selain Piya, terdapat juga beberapa rakan sepasukan beliau yang turut direhatkan bagi menghadapi aksi penting bertemu T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah malam esok. Ketika ini Kelantan masih lagi memimpin Liga Super dengan kelebihan jaringan setelah terikat pungutan mata dengan pencabar terdekat, Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan