Isnin, 4 April 2011

Karathu Tagih Penyudah 'Maut' Berdepan T-Team.


"Jangan mempersiakan peluang".
Demikian tegas ketua jurulatih The Red Warriors,Datuk M.Karathu kepada barisan pemainnya yang akan turun menentang Terengganu T-Team dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam esok.

Menurutnya, jika setiap peluang yang dimiliki disempurnakan dengan baik, harapan untuk meraih kemenangan adalah lebih cerah.

"Untuk perlawanan malam esok, saya harap pemain dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tugas masing-masing dan setiap peluang yang dimiliki harus dimanfaatkan sebaik mungkin," katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak akan mengambil mudah perlawanan malam esok dan menganggap lawan mereka itu juga turut mempunyai peluang untuk melakar kejutan.

"Ini merupakan perlawanan kesembilan dalam saingan liga, saya tidak mahu merendahkan keupayaan mana-mana pasukan. Setiap pasukan yang bermain di tempat sendiri mahukan kemenangan dan T-Team tidak terkecuali mempunyai motivasi yang tinggi untuk mengalahkan kita," jelas Karathu.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...