Jumaat, 22 April 2011

Real Juara Piala Raja Sepanyol





PARA pemain Real Madrid meraikan kejayaan pasukan itu memenangi gelaran pertama Piala Raja Sepanyol sejak tahun 1993 awal pagi semalam.


VALENCIA - Real Madrid menewaskan musuh tradisi, Barcelona 1-0 dalam satu aksi final yang penuh dramatik untuk merangkul gelaran pertama Piala Raja Sepanyol sejak tahun 1993 awal pagi semalam.
Kemenangan Real itu pasti memberi- kan kelebihan psikologi ke atas Barce- lona menjelang pertemuan separuh akhir Liga Juara pada 27 April ini dan 3 Mei depan.
Gol tunggal perlawanan yang diperoleh menerusi tandukan Cristiano Ronaldo pada minit ke-102 masa tambahan, sudah cukup untuk menghadiahkan trofi pertama buat Jose Mourinho sejak membimbing kelab itu, Mei tahun lalu.

"Kejayaan ini adalah hadiah untuk se- mua peminat Real Madrid selepas kelab ini gagal mengecapi sebarang kejayaan sejak beberapa tahun lepas.
"(Jose) Mourinho adalah seorang jurulatih yang menakjubkan," kata penja- ga gol Real, Iker Casillas.
Sementara itu, Mourinho pula menga- kui pertembungan itu adalah amat sengit dan menarik.
"Saya rasa ia satu perlawanan yang hebat yang mana semua pemain bekerja keras, memberi tumpuan penuh dan me- laksanakan tugas masing-masing dengan baik," kata Mourinho.
"Barca adalah sebuah pasukan yang sentiasa inginkan kemenangan dan apabila tidak dapat menjaringkan gol, mereka mula berasa kecewa.
"Baru-baru ini ada orang kata saya adalah jurulatih yang hanya hebat dalam mengejar kejuaraan dan bukan dalam permainan bola sepak.
"Saya tidak kisah dengan kata-kata itu, malah gembira untuk menjadi diri saya yang sebenarnya.
"Sekarang, saya telah memenangi empat piala di empat negara berlainan."
Sementara itu, jurulatih Barcelona, Pep Guardiola berharap para pemainnya bangkit secepat mungkin.
"Kami gagal bermain dengan baik dan menguasai permainan dengan rentak kami. Pemain juga banyak kehilangan bola," kata Guardiola.
"Kami perlu lupakan kekalahan ini dan bangkit pada perlawanan selepas ini. Real bermain dengan baik pada ba- bak pertama dan beraksi seperti apa yang saya jangkakan.
"Ia masih gaya permainan yang sama di Bernabeu, namun dengan beberapa pemain yang berbeza." - AFP

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...