Rabu, 13 April 2011

Info@LSM : Perak Mengamuk Di Ipoh




Perak menang bergaya malam tadi dengan mengenepikan cabaran The Red Warriors. Perak tidak perlu menunggu lama untuk mendahului pasukan pelawat apabila rembatan kencang Mohd. Fazrul Hazli pada minit kelima menerjah gawang Kelantan.

Penyerang lincah, Akmal Rizal Ahmad Rakhli terlepas peluang terbaik menjaringkan gol pada minit ketujuh apabila percu- baannya sekadar melewati palang gol.

Perak semakin garang mengasak kubu lawan sehingga menyebabkan barisan pertahanan Kelantan terpaksa berkubu di kawasan sendiri.

Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat terpaksa bekerja keras menghalang percubaan berbahaya daripada Akmal dan Mohd. Shafiq Jamal.

Lebih 18,000 penyokong Perak kembali bersorak keriangan apabila Shafiq menambah gol kedua pada minit ke-26.

Gol itu bermula daripada hantaran yang dilakukan oleh Akmal dari sebelah kiri pintu gol Kelantan sebelum Shafiq mudah menolak bola ke gawang Kelantan.

Sebaik babak kedua bermula, Perak terus bernafsu memburu gol.

Kedudukan Perak semakin kukuh apabila rembatan Akmal ke penjuru kanan Kelantan gagal diselamatkan oleh Khairul Fahmi pada minit ke-78.

Pemain gantian, Razali Umar Kandasamy menambah gol keempat Perak setelah memperdaya dua pertahanan Kelantan pada lewat perlawanan.

Tiada ulasan:

Laman PFKE.com akan kembali gegar Liga M

Setelah hampir 5 tahun menyepi, Laman PFKE.com akan kembali berkarya dan menyampaikan maklumat terkini mengenai pasukan bolasepak K...